Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Title : Go Go Squid!
Director : Ching Jung, Lee Xiang Xujing
Screewriter : Mo Bao Fei Bao
Episodes : 41
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Zi, Li Xian, Hui Yi Tian, Li Ze Feng, Marcus Li, Wei Yi Fan,
Lee Hong Chi, Jiang Pei Yao, Wang Zheng Er

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Go Go Squid! sebuah drama romantik komedi yg diadaptasi daripada novel, Honey Stewed with Honey yg ditulis oleh Mo Bao Fei Bao juga penulis skrip untuk versi drama. drama ini mula ditayangkan pada 9 Julai 2019 hingga 31 Julai 2019 dan mencatat drama paling popular di China untuk summer season. Go Go Squid mengisahkan Tong Nian yg jatuh cinta pandang pertama pada Han Shangyan yg pertama kali datang melepak di cybercafe milik sepupunnya.

Review Drama China: Go Go Squid (2019)

Tong Nian pelajar universiti dalam bidang sains komputer, dikira top student dan genius juga sebab dia tengah buat master dalam usia 19 tahun. selain itu, Tong Nian juga seorang online cover singer yg sangat popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. 

Han Shangyan pula top player dalam CTF tapi memilih untuk bersara pada usia muda selepas mempunyai konflik dengan ahli pasukannya. namun minatnya dalam e-sport tidak berhenti disitu apabila dia membuka syarikat sendiri di Norway dan kembali ke China untuk buka K&K Club untuk melatih pemain muda  mencipta kejayaan dalam bidang e-sport.

sebenarnya bukan senang Tong Nian nak pikat Han Shangyan siap kena reject lagi, frust tak payah cakap la tapi jodoh mereka memang panjang sebab berjumpa pada pertemuan keluarga,  Tong Nian tak tahu pun family mereka memang dah kenal. tapi family dinner ni jadi kecoh sikit apabila Wu Bai buat cerita yg Tong Nian kekasih Han Shangyan. kenapa Wu Bai cerita macam tu? ahaa kenalah tengok, ini antara scene yg best. 


walaupun awal tu cuma pura-pura jadi kekasih tapi Tong Nian menggunakan peluang ni sebaik mungkin untuk mendekati Han Shangyan dan effort yg dia buat tu berbaloi juga sebab akhirnya Shangyan makin selesa dan menerima kehadiran Tong Nian dalam hidupnya. walaupun banyak perbezaan antara mereka berdua sama ada dari segi umur atau personaliti tapi semua itu tak menghalang cinta mereka yg penting saling faham dan support kerjaya masing-masing.

seriusly suka sangat wei dengan pasangan ni, setiap scene mereka berdua memang comel dan sweet la plus this one memang light romance story, cumanya yg menjadi halangan pada mereka ialah ialah ibu Tong Nian tak berkenan sangat dengan Han Shangyan tapi itu bukan big isu sangat sebab Han Shangyan tahu macam mana nak handle masalah ni secara gentleman.


drama ni bukannya fokus pada hubungan antara Han Shangyan dan Tong Nian semata-mata tapi lebih banyak fokus pada e-sport dan konflik antara Han Shangyan dengan teammate dia dulu. e-sport dalam drama ni bukan mengenai gaming tapi lebih pada cybersecurity  ataupun hacking. CTF (Capture the Flag) ini satu pertandingan yg mana player kena solve computer security problem dengan hack system pihak lawan dan pada masa sama kena defense system sendiri. itu yg aku paham la mengenai ctf ni sebab tak pernah ambil tahu pun pasal e-sport ni.

sepuluh tahun dahulu team Solo antara team yg top dalam dunia CTF tapi berlaku konflik antara Han Shangyan dan Solo yg menyebabkan pasukan ini berpecah. selepas 10 tahun, Solo melatih team SP, Han Shangyan pula team KK yg mana kedua-dua pasukan ni antara pasukan terhandal dan saling bersaing untuk berebut ranking pertama.

banyak juga flashback kisah zaman-zaman muda Han Shangyan dengan teammate dia, seriusly part ni je yg aku rasa bosan sebab flashback tu banyak cakap pasal impian mereka nak jadi top team dan bawa nama negara ke peringkat dunia. bila bergaduh langsung tak bercakap sampai 10 tahun. tengok Solo rilek je nak berbaik semula tapi macam Han Shangyan yg terlebih emo. curious juga punca masalah mereka ni. 


selain part Han Shangyan dan Tong Nian, aku suka giler team KK ni sebab dioranglah yg banyak menceriakan keadaan. walaupun Han Shangyan jenis yg panas baran sikit dan tegas dalam latihan tapi bila kat belakang bukan main seronok lagi mereka bergosip pasal boss sendiri. Tong Nian memang bertuah sangat sebab selain datuk Han Shangyan, budak-budak ni yg secara tak sengaja banyak tolong dia untuk dekat dengan Han Shangyan. walaupun jalan cerita banyak fokus pada competition tapi aku tak rasa bosan sangat sebab terhibur dengan perangai mereka.


antara watak lain yg menarik juga ialah Wu Bai aka DT yg merupakan sepupu Han Shagyan dan juga ace player dalam team KK. watak DT ni jenis suka menyendiri dan tak banyak cakap, dia lagi suka perhati keadaaan sebab scene dia lebih banyak tunjuk ekspresi muka. aku suka interaction atau bromance antara Han Shangyan dan DT, walaupun Han Shangyan kuat juga membuli DT tapi DT ni redho je ikut je arahan big boss cuma sekali je yg DT protes time family dinner.


barisan pelakon dalam drama ni memang best terutama sekali lakonan pelakon utama, chemistry antara Yang Zi dan Li Xian  tak payah cakap memang best dan comel sangat. lepas tengok drama ni aku memang suka habis dengan Li Xian, major crush dah boleh tolak tepi Denglun dengan YangYang..hehe. seriusly aku still tak boleh move on daripada drama ni itu yg kerja repeat tengok balik memang jarang nak repeat drama cina yg episode panjang berjela.

susunan plot dan jalan cerita pun sangat menarik, drama Go Go Squid bukan kisah pasal Tong Nian dan Han Shangyan sahaja tapi juga pasal professional Han Shangyan dalam dunia e-sport. lagi satu aku suka aura positif yg ada dalam drama ni, walaupun Han Shangyan ada konflik sikit dengan Solo tapi masing-masing bersaing secara sihat untuk menang dalam pertandingan.

overall, drama ni memang best kalau yg suka tengok drama romatik komedi, aku recommend  sangat-sangat untuk korang tengok drama ni.

8 comments:

  1. tentu ramai yang minat untuk menonton

    ReplyDelete
  2. Adoi.. menariknya.. Nantilah tengok..

    ReplyDelete
  3. nampak macam best, tapi tulaa drama korea pun tak terlayan, camne nak tambah chinese drama pula hehe

    ReplyDelete
  4. dulu ray minat gila tgk cerita cina. haha itu sblm kedatangan gelombang kpop ke malaysia

    ReplyDelete
  5. another interesting drama ni.
    nampak nyer jalan cerita nyer penuh pengertian.
    bukan cinta semata-mata.

    ReplyDelete
  6. Nanti nak cuba tengoklah :D

    ReplyDelete