Review Drama China: Gank Your Heart (2019)

Review Drama China: Gank Your Heart (2019)

Title : Gank Your Heart
Episodes : 35
Duration : 45 minutes
Cast : Wang Yibo, Wang Zixuan, Ding Guan Sen, Lu Xiao Yu, Jerry Yan,
Harry Hu, Yan Xu Jia, Cheng Qi Meng, Gao Tai Tu


Gank Your Heart sebuah drama china mengenai e-sport yg dibintangi Wang Yibo dan Wang Zixuan. kebanyakkan drama sekarang banyak diadaptasi daripada novel tapi drama ni aku tak pasti rasanya bukan kisah novel kot. episodnya pula cuma ada 35 episode mungkin chinese drama yg paling pendek aku tengok untuk tahun ini..hehe


Gank Your Heart mengisahkan Ji Xiangkong seorang top professional player dalam Legend Team yg pakar membuat strategi permainan yg banyak membantu pasukan memenangi competition tapi sayang pihak management tak pernah pandang bakat yg dia ada terutama sekali manager dia yg selalu cari jalan untuk tendang Xiangkong daripada Legend.

kalau nak dibandingkan dengan Go Go Squid!, drama ni lebih detail cerita pasal gaming dan macam mana struggle-nya hidup diorang sebagai pro-gamer dalam e-sport. contohnya macam Xiangkong walaupun dia antara best player tapi struggle nak fokus pada training disebabkan management yg paksa mereka buat commercial dan join tv show so bila dia selalu mengelak itu yg jadi isu dengan manager sebab manager mereka jenis gila duit.


manakala Qiu Ying pula live streamer untuk sebuah portal e-sport. dia memang tak tahu sangat pasal e-sport tapi sebab arahan boss, dia cuba dapatkan best report untuk live streaming termasuk mengaku fans Legend untuk dapatkan berita. 

Qiu Ying sedar knowledge dia mengenai e-sport sangat kurang dan selalu buat silap waktu live streaming jadi timbul kesedaran untuk belajar mengenai e-sport. Qiu Ying juga ada impian untuk jadi pengulas untuk sukan e-sport so dia bekerja keras untuk belajar tentang e-sport dan belajar untuk menjadi pengulas sukan yg terbaik.


pertemuan mereka bermula dengan salah faham tapi selepas selesai semua itu, Xiang Kong dan Qiu Ying jadi kawan baik dan mula menyimpan perasaan antara satu sama lain. mereka saling menyokong antara satu sama lain untuk mengejar impian untuk berdiri di pentas yg sama iaitu sebagai top best player dan top commentator dalam e-sport.

bila tengok Xiang Kong dan Qiu Ying memang sweet bila dok flirt each other tapi progress relationship diorang memang slow sangat. walaupun nampak mereka sebenarnya saling suka menyukai tapi lebih selesa kekal berkawan dan.. dan bila masing-masing decide nak confess to each other tertiba pula muncul ex-girlfriend Xiang Kong, seriusly bagi aku watak ex-girlfriend macam tak perlu kot. lepas tu Qiu Ying nak merajuk lebih-lebih, bosan betul.


walaupun ceritanya agak menarik tapi pertengahan drama agak bosan sebab banyak isu macam meleret sangat. sampai lima episode terakhir baru aku rasa enjoy balik tengok drama ni. selepas banyak rintangan yg Xiang Kong kena tempuh, last sekali dia decide untuk buat team sendiri dan rekrut orang yg ada passion yg tinggi dalam dunia gaming dan paling penting boleh follow dia sebagai ketua pasukan. paling penting, dia boleh buktikan kepada orang yg pernah buang dia yg dia boleh berjaya dalam dunia e-sport.

overall, drama Gank Your Heart memang best kalau korang suka pasal gaming tapi kalau tengok drama ni untuk tengok babak-babak yg sweet better cari drama lain je lah.

4 comments:

  1. Macam makin banyak pula drama tema gaming ini..

    ReplyDelete
  2. im going to make review about this drama soon!
    wang yi bo really catch my eyes.. i tgk cita ni lepas THE UNTAMED hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai recommend drama tu tapi i tak minat sgt nak tengok drama genre wuxia ni..hehe

      Delete