First Time Shopping di Online Watson


First Time Shopping di Online Watson | ini pertama kali aku shopping online di Watson, dah lama nak try tapi baru kali ini yakin nak mencuba dan lagi satu sebab aku malas sangat nak pergi kedai Watson.

Sebenarnya senang je nak shopping online ni, first kena masuk website Watson ataupun boleh download Watson apps kat smartphone.


dah login jangan lupa link-kan dengan akaun online untuk kumpul dan tebus Watson Point. kemudian boleh shopping macam biasa, pilih Home Delivery untuk penghantaran terus ke depan pintu dan lepas check out boleh buat bayaran.

Tadaaa barang dah sampai!

untuk penghantaran percuma kena berbelanja paling minimun RM150 tapi sekarang ni tengah ada promo boleh dapat penghantaran percuma untuk pembelian RM 100. berbaloi shopping online kalau  nak beli banyak barang tapi kalau setakat nak beli satu dua barang better pergi kedai terus boleh jimat daripada bayar kos penghantaran.

penghantaran pun cepat juga aku dapat barang dalam masa dua hari, order 5 Sept dan 7 Sept barang dah sampai di rumah.


oh ya jangan lupa bila online shopping tu korang boleh shopping di Watson melalui aplikasi Shopback untuk dapatkan cashback. sambil shopping tu bolehlah jimat sikit..hehe

Selamat Membeli-belah 😊

6 comments:

  1. besarnya kotak. banyak beli barang dari watsons..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tertipu dengan kotak tu, barang tak banyak pun dan kecil je tapi packaging yg besar..haha

      Delete
  2. wah..tak tahu pun watson boleh beli online. next time nak try la. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu, boleh la try beli online lepas ni..hehe:P

      Delete
  3. selalu juga melayari web watson ni..just nk survery harga. hehe
    tp lepasni dah boleh laa order je online :-)

    ReplyDelete
  4. wah.. cepat juga penghantaran dia..

    ReplyDelete