Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia


Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia | lesen memandu aku tamat awal bulan mei, time tu masih lagi dalam tempoh PKP fasa akhir. habis PKP asyik tertangguh urusan untuk memperbaharui lesen memandu ni. salah satu sebabnya aku malas dan risau bila fikir orang ramai pi serbu pejabat JPJ atau UTC.

bila masuk bulan Julai, abah dah membebel sebab tak renew lagi lesen so hari ini adik pula free, ajak teman sekejap buat lesen memandu. sebenarnya aku baru tahu boleh renew lesen di Pejabat Pos, nampak sangat aku tak alert yg banyak benda boleh buat di pejabat pos selain bayar bil dan pos barang. 

kalau tahu sebelum ni, tak payah nak bersusah payah pergi JPJ sebab pejabat pos kat tesco tu dekat dengan rumah aku kalau nak dibandingkan dengan JPJ dan UTC.


Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia

Dokemen Wajib : Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
  1. Pergi Pejabat dan ambil nombor giliran.
  2. Tunggu nombor giliran dipanggil.
  3. Di kaunter, beritahu staff yg bertugas nak renew lesen memandu.
  4. Serah kad pengenalan dan lesen memandu lama dan beritahu nak renew untuk berapa tahun.
  5. Tunggu sekejap, buat bayaran dan ambil lesen baru serta slip resit.

Walaupun tesco ramai orang, tapi kat Pejabat Pos tak ada orang. so urusan aku memang cepat. nak tunggu lesen siap pun tak sampai 5 minit. oh yaa aku renew lesen untuk dua tahun dan harga yg perlu dibayar adalah RM60, lagi RM2 tu commision yg pejabat pos dapat dan juga untuk resit.

24 comments:

  1. Walaupun dah set mati lesen pada birthday, ada jugak tahun2 yang saya lupa nak renew, maka dengan selamba drive dengan lesen yang dah mati huhu

    ReplyDelete
  2. baca entry ni terus check lesen memandu ida. nasib baik thun dpn..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahh lega kann bila dah renew lesen. kangg kalau lupa kena denda lagi payahhh. lagi teruk kalau kena ambil test jpj balikkkk! hahahaha

    ReplyDelete
  4. Bila birthday suami dok ingatkan renee lesen, padahal diri ni tak bawak pun kereta. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu pun tak bawa kereta, start tahun lepas baru start bawa. yg penting renew je lesen tu..haha

      Delete
  5. baca entry ni, tiba2 teringat lesen kita bila matinya.. kang mati, lupa hidupkan menonong je drive kat jalan. rupanya next year lesen mati

    ReplyDelete
  6. memang boleh renew di pejabat pos, mudah dan cepat...

    ReplyDelete
  7. Malas nak gi JPJ, memang ke pejabat pos je.. senang dan cepat.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. boleh jer nak renew lesen kat pejabat pos hii , tapi itulah time ramai orang memang haru la sikit. lagi sekarang ni time covid..

    ReplyDelete
  9. ha'ah memang selama ni renew dekat pejabat pos je. Senang tak payah tunggu lama.

    ReplyDelete
  10. owhhhh kita pun kene renew lesen memandu gak ni...ujung bulan ni expired

    ReplyDelete
  11. Kalau renew di pejabat pos dapat lesen kad plastik mcm yang asal atau dapat yang laminated macam lesen belajar memandu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat sama kad lesen asal tu, sama jugamacam buat kat jpj.

      Delete
  12. Lesen P dah habis 2 thun ble ke renew kat pjbt pos

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsure. rasanya kalau lesen p kena renew di jpj

      Delete
  13. Kalau lesen L dah nak tamat tempoh, boleh renew dekat Pejabat Pos juga kan ?

    ReplyDelete
  14. tq. memang tengah cari camana nak renew lesen kat pejabat post. Post ni keluar kat google search. tq again.

    ReplyDelete