Tajuk : Keluarga Iskandar The Movie
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Tarikh Tayangan : 16 Julai 2020
Pelakon : Kismah Johar, Hilal Azman, Sobri Anuar, Zain Hamid, Anita Baharom,
Hiera Hassan, Azhar Sulaiman, Raja Ema
Keluarga Iskandar sebuah drama berkonsepkan ala mockumentary yg pernah ditayangkan selama dua musim di astro bermula tahun 2012 dan 2014. idea dan konsep asal ditulis sendiri oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin yg turut menghasilkan drama Kampung People.
drama ni sangat popular di astro tapi aku pun tak tahu kenapa astro tak nak teruskan untuk musim ketiga sampai krew produksi dan pelakon terpaksa ambil inisiatif cari dana sendiri untuk terbitkan movie.
promosi movie dia pun agak menyedihkan sebab tahu-tahu dah ada tayangan, aku tak nampak trailer pun kat tv ke sebab aku jarang bukak tv. seriuslah macam filem lain sebelum ni yg tayang kat Astro First, promo bukan main gempak tapi Keluarga Iskandar macam sepi pula.
AHLI KELUARGA ISKANDAR
Keluarga Iskandar sebuah kisah kehidupan keluarga Mak Jah yg tinggal di Johor bersama anak menantu dan cucu-cucunya. siri Keluarga Iskandar ni menjadi favourite aku juga sebab dia punya skrip dan pelakon memang best, lakonan memasing nampak spontan habis, nampak macam real family yg sangat kecoh dengan pelbagai ragam tersendiri.
Mak Jah mempunyai enam orang anak iaitu Abang Long, Abang Ngah, Kak Teh, Alan, Adibah dan juga Uda, anak Mak Jah yg merantau jauh kerana mempunyai konflik dengan Mak Jah dan akan muncul dalam movie ni. untuk pengetahuan korang juga, semua pelakon asal dalam siri ni dikekalkan termasuklah pelakon kanak-kanak yg memegang watak Malin, Sal dan Om.
Abang Long (Hilal Azman) yg telah lama menduda dan mempunyai seorang anak bernama Malin. dalam KITM abang Long telah berkahwin dengan Huzairah (Raja Ema).
Abang Ngah (Sobri Anuar) yg paling kaya dalam ramai-ramai anak Mak Jah. abang Ngah ada tiga orang anak iaitu Sal, Om dan Princess. dalam drama aku paling suka dengan si Om ni, nakal tak habis tapi dalam movie Om dah matang sikit terpaksa melayan perangai annoying Princess.
dalam movie ni watak kak Ngah yg dilakonkan oleh Susan Lansketer tak ada, kalau tidak mesti lagi happening.
kak teh (Anita Baharom) dan suaminya Kamal (Azhar Sulaiman). mempunyai seorang anak yg dipanggil Dadar. Kamal telah menjadi Selebriti Cleaner yg mempunyai produk sendiri tapi masih lagi bukan menantu pilihan Mak Jah.
Alan pula masih menduda selepas bercerai dengan Nor. Alan pernah bertunang dengan Huzairah tapi Mak Jah tak berkenan sebab perbezaan umur mereka terlalu besar. sekarang ni Alan masih bitter dengan abang Long sebab Abang Long sudah berkahwin dengan Huzairah.
zaman belajar dulu, Adibah pernah couple dengan Faris. selepas hubungan mereka putus dan Adibah pun dah berkahwin dengan Mustaqim, Mak Jah dan abang-abangnya masih lagi baik dengan Faris.
SINOPSIS KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE
dalam Keluarga Iskandar The Movie, Mak Jah merancang untuk konvoi bersama keluarganya ke majlis perkahwinan Faris. Faris tu bekas teman lelaki Adibah bukan saudara mereka tapi nak jaga hati Mak Jah yg sayang sangat dengan menantu tak jadi dia, semua pakat setuju nak ikut kecuali Alan dan Adibah.
Walaubagaimanapun perjalanan mereka ke rumah pengantin jadi lambat bila Mak Jah mula menyinggah ke rumah saudara mereka. Princess pula mula bosan dan mengajak Dadar pergi ke Legoland tanpa pengetahuan ibu bapa mereka dan buat keadaan menjadi kecoh.
Alan dan Adibah pula ada alasan tersendiri tidak ikut konvoi Mak Jah. ingatkan boleh bersenang-lenang di rumah tapi mereka berdua dikejutkan dengan rombongan keluarga Ismail, saudara Mak Jah yg datang menyinggah.
REVIEW KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE
ramai juga artis yg buat cameo dalam filem ini seperti Ajak Shiro, Nabila Razali, Amy Mastura, Aida Aris dan geng surau dalam Kampung People juga turut memeriahkan lagi Keluarga Iskandar.
jalan cerita Keluarga Iskandar The Movie ni simple je tapi best layan dan penat gelak tengok perangai masing-masing. lakonan semua pelakon nampak bersahaja dan spontan. kalau korang tak tengok siri dia pun boleh faham jalan cerita movie ni cuma mungkin kurang familiar dengan setiap watak yg ada dalam keluarga Mak Jah.
seriusly rasa sangat berbaloi langgan RM15 untuk tonton movie ni di Astro First. yg tak bestnya aku tak puas hati dengan ending dia, ada plot yg rasa tergantung sangat. kalau ada sambungan lagi best.
Keluarga Iskandar The Movie boleh langgan di Astro First saluran 480 mulai 16 Julai 2020 dengan hanya RM15 sahaja. boleh juga tonton secara percuma tayangan perdana selama 30 minit di youtube channel Astro Shaw.
Serius sangat berharap ada sambungan season 3, sangat suka drama ni <3
ReplyDeletekannn..best giler drama dia.
Deletemovie yang akak nanti-nanti kan sangat... minggu pertama lepas keluar tu akak terus langgan... gelak ketawa je, cuma sayang lah kak ngah takde, kalau ada mesti lagi havoc.
ReplyDeletecuma bagi akak rasa kurang banyak lawak dari makjah kali ni, akak rasa kampung people tu macam dah curi banyak masa dan watak dalam situ, akak nk keluarga iskandar punya kerenah je heheehhe
patut sambung buat drama, filem ni macam tak puas, banyak lagi part yg tergantung. tapi macam biasa memang kelakar tengok perangai sorang2..haha
Deleteaa i tak tgk lagi
ReplyDeletenampak menarik :)
ReplyDeleteMcm.penah tgk dulu tapi mama X follow full cite ni
ReplyDeleteTak tengok lagi... Dulu adalah juga tertengok siri dia sesekali..
ReplyDeletewah semua pelakon asal ada, syg susan lankester je tak ada, kalau ada konform lagi meriah habis hehe
ReplyDeletesuka tengok cerita keluarga iskandar. hari tu sampai ter stay sama - sama dengan mak abah tengok. hahaha kelakar time mak dia singgah singgah tu. aduh. yeah finally happy ending cerita ni.
ReplyDeleteSuka tgk drama ni bestt happy family
ReplyDelete