Drama : 7 Hari Mencintaiku 2
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Chinta Nadessha & Ainaa Hanez
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 2 Julai 2020
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 33
Pelakon : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Faye Kusairi, Kazar, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Jaja Iliyes, Bil Azali
aku tak follow sangat drama 7 Hari Mencintaiku sebab dah baca novel dia yg first. dramanya pula sebiji ikut dalam novel so bila tertengok kat tv aku pula yg jadi tukang cerita..haha
untuk novel yg kedua ni memang aku tak beli sebab malas nak baca sekuel, bila dah ada kat tv layan je lah lagipun semua pelakon dalam drama ni memang best terutama sekali Syazwan Zulkifli dengan Liza Abdullah.
7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah adalah kesinambungan kisah Khuzairi dan Mia Andriana selepas 6 tahun. Mia dan Khuzairi semakin bahagia ditambah pula dengan kehadiran Anisa sebagai penyeri kehidupan rumah tangga mereka. Khuzairi juga gembira apabila Mia disahkan mengandung untuk kali kedua.
Nad yg sedang belajar di universiti tiba-tiba pulang ke kampung dan beritahu mahu memutuskan pertunangannya dengan Zaidi. teruk juga Nad kena marah dengan Mak Leha dan hampir dibelasah oleh Helmi, nasib baik Mia dan Khuzairi tiba tepat pada masanya.
sebenarnya aku kecewa sikit bila watak Pak Samad ni dah diambil alih oleh Kazar. aku lagi suka Pak Samad yg dulu sebab Kazar ni dah terbiasa tengok watak komedi, tak boleh nak feel sangat.
paling kesian dengan Zaidi, bertunang bukan main lama dengan Nad. bila Nad nak sambung belajar, Zaidi bagi sokongan dan tanggung segala perbelanjaan sampai Nad tak perlu minta duit dengan Mak Leha dan Pak Samad. tup tup dah nak habis belajar boleh pula si Nad minta putus dan bercinta dengan orang lain.
ingatkan jodoh rupanya bodoh. penat berhabis duit cinta pula tak kesampaian. sebab tu Mak Leha dan Helmi mengamuk sebab malu dengan perangai Nad pada Zaidi.
Helmi stress dengan masalah perkahwinannya dengan Sofi. Helmi tak kisah bila Sofi berhenti kerja untuk jaga ayahnya tapi masalahnya Sofi melebihkan ayahnya sampai Helmi rasa terabai. tambahan pula Helmi tahu yg bapa Sofi ni tak pernah suka dengan dia.
Sofi ni memang baik, bila jadi macam ni, dia pula macam dah tersepit kat tengah. Sofi cuba baiki hubungannya dengan Helmi tapi masih tak boleh nak ketepikan bapa dia.
musim kali maybe perangai orang tu yg buat kau sakit hati bila tonton drama ni. Hayati (Mak Mia) dan Dato Johari (bapa Sofi) dah lama berdendam dengan keluarga Pak Samad dan Mak Leha. Yati terutamanya cuba mencari jalan untuk memecah belahkan keluarga Khuzairi dan tak kisah korbankan kebahagiaan anak sendiri. orang tua tak sedar diri namanya ni!
kes Nad nak putus tunang tu disebabkan hasutan Yati tapi please lah Nad, kau reject Zaidi sebab lelaki macam Fariz tu, ntah-ntah anak ikan si Yati ni. oh sakitnya hatiku walaupun baru layan first episode.
Tak layan drama ini.. hehehe.. Yang first pun tak tengok.. Tak berapa kuat nak menghadap konflik mereka ni.. hehehe
ReplyDeletekalau baca novel dia lagilah rasa sakit hati kak sha sebab tu bila ada sekuel novel dia dah malas nak baca, kita layan drama je..hahhahaha
Deleteeh eh da sambung balik! tapi yang first pun macam da lupa2 da kisah dia..haha
ReplyDeleteitulah dah lama sangat, saya pun ingat-ingat lupa je kisah diorang dulu..haha
DeleteEmosi tgk drama ni. Tu la watak pak samad n datin hayati dah bertukar pelakon..
ReplyDeletekannn..awal-awal lagi pun dah start emo tengok drama ni..hahaha
Deleteoh..watak yati tu pun bertukar juga ke, siapa pelakon dia dulu? dah banyak lupa pasal family mia ni..
Akk tahu tak knp si yati tu dendam sgt dgn family leha??
ReplyDeletetak tahulah..jalan cerita yg first dulu tu pun dah banyak lupa tapi rasanya ada kena dengan pak samad kot.
Deletehahaha emosi ke tiara time tulis review ni? saya tak layan drama ni. layan novel dia je. tapi dah lama dah baca, lupo dah jalan cerita heee
ReplyDeleteitulah..rasa macam terlebih emo pula time tulis review ni..hahaha
DeleteAi jarang tengok sekuel sebab selalu nya kalau sekuel drama ni dah start merepek2 konflik dia.
ReplyDeleteakak tak follow citer ni tapi kat kg tu mmg diorang suka..
ReplyDeletealaaaaa geram sangat dengan mak mia tu. Hurm kesian si mia dgn suami dia tu. Mak mertua dia pun boleh tahan ek, eee geram lah
ReplyDelete