Drama | Syurga Untukmu (2020)


Drama : Syurga Untukmu
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 14 Julai 2020
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Julia Farhana,
Fazlina Ahmad Daud, Noralbaniah, Ameerul Asyraf


SINOPSIS DRAMA SYURGA UNTUKMU


Adi (Fahrin Ahmad) yg merupakan anak pemilik syarikat Radin Holding pergi ke kampung Indah untuk urusan jual beli tapi menghadapi kesukaran apabila Atikah (Diana Danielle) berkeras tidak mahu menjual tanah pusaka milik keluarganya.


Atikah bekerja sebagai guru tadika dan penari separuh masa untuk menampung kehidupan ibunnya yg sakit dan adiknya Intan yg tidak bekerja. Intan memberontak kerana bosan dengan kehidupan mereka sekeluarga dan cuba menjual tanah mereka untuk mendapat duit.

Atikah tetap berkeras untuk mempertahankan tanah pusaka tersebut walaupun ada broker tanah menawarkan wang yg banyak dan penduduk kampung semuanya telah bersetuju menjual tanah mereka.


kerana kedegilan Atikah, keluarganya hampir diugut bahaya tapi bernasib baik Adi datang menolong. sejak itu, Atikah mula berkawan rapat dengan Adi.

walaupun baru berkenalan, Adi tertarik dengan kecantikan Atikah dan meluahkan perasaannya. Adi juga turut memberitahu hasrat hatinya kepada ibunya.


Adi berkawan baik dengan Lestari sejak kecil lagi kerana ibu mereka teman rapat. ibu Adi telah merancang untuk menjodohkan mereka berdua tapi merasa tidak senang bila Adi beritahu mengenai Atikah.

Lestari pula tahu Adi tidak menganggapnya lebih daripada seorang kawan. Lestari dalam diam menyimpan perasaan pada Adi dan bersetuju dengan rancangan orang tua mereka.


sebenarnya ada sekali dua Atikah keluar dengan Adi itupun untuk bincang hal tanah dan Adi tolong masa motor Atikah rosak tapi orang kampung dah mula membawang pasal mereka. ibu Atikah tak senang hati mendengar berita ini sampai mengamuk bila orang kampung bawa mulut mai rumah dia.

Atikah cuba menjelaskan keadaan sebenar tapi ibunya dan Intan tidak percaya. last sekali muncul Adi yg memberitahu dia mahu bernikah dengan Atikah untuk menyelamat maruah daripada bahan mengumpat penduduk kampung.

apa yg jadi seterusnya? kenalah tengok sambungan Drama Samarinda Syurga Untukmu.

Post a comment

8 Comments

  1. lama x tgk Fahrin jd hero. last sy tgk ms dia berlakon dgn Izreen Azminda rasanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia banyak jadi pengacara sekarang, macam pelik pula bila lama xtengok dia berlakon..haha

      Delete
  2. nowadays.. drama malay dah bukan focus on cinta sngt dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tapi kalau kat drama tv tu pusing balik pasal cinta juga..haha

      Delete
    2. takleh nak buat apa dah.. dramaaa malay mmg takleh if bukan sbb cinta

      Delete
  3. Tak berkesempatan nak tengok..

    ReplyDelete
  4. eeehhhh Fahrin.. kite suka dia blakon.
    tatau pun ada drama baru hehe..

    ReplyDelete