Drama : Pelindung Seorang Puteri
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 28 Julai 2020
Masa Tayangan : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episode : 16
Pelakon : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Zain Hamid,
Jasmine Suraya, Haleeda, Wan Nor Azlin, Harris Ismail, Nadiya Shahab, Arash Mohd
Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri
Diadaptasi dari novel yg ditulis Mia Kiff mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yg merantau jauh daripada keluarganya kerana fitnah yg ditabur orang kampung dan rimas dengan perangai Mak Dak Liza yg tak habis mencemuh dirinya.
Rose merantau ke Johor dan bertemu dengan Fido (Zain Hamid) yg banyak membantunya semasa di sana. Fido luarannya nampak baik dan romantik dengan ayat manisnya yg buat Rose jatuh cinta dengan Fido. Rose bersetuju menerima lamaran Fido dan merancang membawa Fido bertemu keluarganya.
namun Rose tidak meyangka dan kecewa apabila mengetahui Fido ni sebenarnya suami orang. Rose nekad berpisah dengan Fido dan pulang semula ke rumah keluarganya.
kepulangan Rose disambut gembira oleh ahli keluarganya, mereka cuba melupakan peristiwa yg berlaku sebelum ini. Rose merancang untuk mencari kerja di KL, so abang Rose meminta bantuan kawan baiknya, Hazril (Sharnaaz Ahmad) untuk mencari kerja yg sesuai buat Rose.
ibu bapa Rose pula bersetuju menerima lamaran Mak Dak Liza untuk anaknya Saiful (Farid Kamil), yg telah lama menyukai Rose tapi perkara ini tidak disetuju Rose kerana Rose anti dengan Mak Dak Liza.
aku tengok drama ni di AstroGo, boleh nampak kualiti video dia memang cantik tapi aku perasan dari awal lagi mood drama ni lebih kepada thriller dan misteri. walaupun baru tengok dua episode, banyak misteri dalam drama ni macam stalker yg selalu follow Rose dan seriusly aku seram giler dengan watak Saiful ni maybe sebab terbaca review novel dia.
Mak Dak Liza lakonan Haleeda ni walaupun macam tak sabar nak bermenantukan Rose tapi boleh nampak yg sebenarnya dia tak berkenan langsung dengan Rose. kalau dalam drama 7 Hari Mencintaiku ada Mak Leha dan dalam Pelindung Seorang Puteri ada Mak Dak Liza yg boleh buat keadaan bikin panas.
kebahagian Rose diuji selepas berkahwin dengan Saiful, terpaksa berdepan dengan mak mertua yg secara terang membencinya dan perangai Saiful yg sangat mengelirukan dirinya.
satu part misteri lagi siapa stalker yg selalu follow Rose selama ini dan persoalan sebenarnya siapakah yg menjadi Pelindung Seorang Puteri?
macam nice sangat je cerita lakonan orang lama-lama ni.. ^^
ReplyDeleteim gonna watch this drama :)
ReplyDeleteseems promising
Ahah menariknya
ReplyDeletemenarik ini ada misteri..
ReplyDeleteeeergh sinopsis bestttt nak tengok takde astro pulak, hmm maybe kat youtube astro gempak ada ?
ReplyDeleteastro kedekut nak upload drama dia kat youtube
Deletealaaa tak bestnya kalau kahwin dapat mak mertua macam tu. Rela lagi tak kahwin dari nak hadap perangai mengada mak mertua
ReplyDelete