Drama China | I Hear You (2019)


Title : I Hear You
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Zhao Lu Si, Riley Wang, Yuan Hao, Gratitude Dai

Drama China I Hear You diterbitkan oleh Youku/Mango TV dan boleh juga ditonton di Netflix mengisahkan Bei Er Dua dan Ye Shuwei yg menyertai program realiti betajuk Love Progress disebabkan pujukan kawan mereka. dalam program tersebut mereka terpaksa berlakon jadi pasangan kekasih padahal masing-masing tak pernah kenal sebelum ni.


Bei Er Duo seorang guru tadika kemudian berhenti kerja untuk mengejar impiannya sebagai voice actor. Er Duo nak sambung belajar di Jepun tapi tak cukup duit sebab tu dia setuju terima kawan baiknya, Tang Li untuk muncul dalam program realiti tv.

Ye Shuwei pula pembuat violin yg baru pulang dari Itali, dia ni sangat low profile padahal kaya giler. mak Er Duo pun tak berkenan dengan Shuwei sebab ingat kerja dia level tukang kayu biasa tapi sekali dia bawa kereta dan tunjuk rumah dia mahu tergangga mak Er Duo dan terus approve jadi menantu. 


Pasangan lain yg join program ni semuanya pasangan sebenar kecuali Er Duo dan Shu Wei, so ada juga moment yg nampak mereka macam awkward. mereka merupakan pasangan paling popular dalam program tersebut secara tak langsung ramai yg nak tahu lebih pasal couple ni sampai ada keluar artikel mengatakan Er Duo dan Shu Wei cuma berlakon dan program tersebut fake belaka.

untuk tutup semua tuduhan tersebut, mereka terpaksa juga berlakon di luar juga sebagai kekasih. Er Duo pindah masuk rumah Shuwei supaya mereka jadi lebih rapat dan dapat kenal diri maing-masing.

pada mulanya, mereka buat semua benda untuk program tv tapi lama kelamaan Er Duo mula jatuh hati pada Shuwei. Shuwei ni pula memang dari awal join program tu pun sebab Er Dua, dia ni pula jenis beku dan tak layan perempuan tapi dengan Er Duo saja dia jadi caring. 


Tang Li dan Yu Sheng penerbit untuk program realiti Love Progress. Tang Li kawan baik Er Duo manakala Yu Sheng pula anak buah Shuwei tapi ramai tak tahu hubungan Yu Sheng dan Shuwei.

Tang Li dah lama simpan perasaan pada Yu Sheng dan mereka berkerja keras untuk bangunkan syarikat mereka. masalahnya, cinta Tang Li tak pernah berbalas dan kecewa apabila melihat Yu Sheng makin rapat dengan pekerja baru mereka.

sebenarnya aku harap yg hubungan mereka ni happy ending tapi bagus juga Tang Li boleh move on daripada makan hati setiap hari. Yu Sheng ni sebenarnya slow sangat bila orang tu dah move on baru sedar dengan perasaan sendiri.


yg best tengok drama I Hear You ni sebab main couple je, watak lain tu agak merimaskan. contohnya macam watak Le Tian yg ada hati pada Er Duo dan nampak try hard nak pikat Er Duo. Zhang Yilu yg ada perasaan pada Shuwei, buat macam cara untuk sakitkan Er Duo dan ada sorang lagi tak ingat nama suka juga pada Shuwei.

watak sampingan nampak try hard sangat nak pikat hero dan heroin. chill la banyak benda lain kot boleh buat daripada kejar cinta orang yg tak sudi. tapi aku suka parent Shuwei sebab first time jumpa Er Duo dah boleh layan macam anak sendiri.


jalan cerita drama I Hear You tak ada yg baru pun cuma suka tengok progress hubungan Er Duo dan Shuwei. acting hero not bad la tapi boleh layan drama ni sebab heroin dia comel.

Post a comment

13 Comments

  1. Yosh! Nice review. Details, nak sangat tulis review macam ni tapi, ah... ikut hati la tulis mende. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you aien. awak punya review pun best juga :)

      Delete
  2. macam best je..mesti kelakar sweet2 gitu ha sebab fake couple..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kelakar sgt, yg best layan pun sebab heroin dia comel..haha

      Delete
  3. Review yang boleh buat orang tak sabar2 nak tengok ni haha

    ReplyDelete
  4. rasa macam pernah baca review drama ni somewhere hm, ke bukan. anyway, macam nice jee, nampak sweet gitchew ! buat rasa semangat nak add to-watch list hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada blogger lain buat review drama ni juga..haha

      Delete
  5. ah this girl berlakon cita oh my emprior with XZ! need to watch this one too

    ReplyDelete
  6. Baru tengok episod 1.. Geram je dengan watak utama tu..
    seorang beku, yang sorang lagi comel.. hehehe

    ReplyDelete
  7. mcm menarik tp entah bila laa sy bleh dok terngongok lelama nk layan drama ni hehehe

    ReplyDelete