Movie | Town Mall (2020)


Tajuk : Town Mall
Produksi : Enuja ProductionSdn Bhd
Pengarah : Dato Seri Eizlan Yusof
Penulis Skrip : Subroto Katimin
Tarikh Tayangan : 25 Jun 2020 (Astro First)
Pelakon : Dato Seri Eizlan Yusof, Adam Shahz, Reen Rahim, Intan Ladyana,
Dato Jalaluddin Hassan, Erry Putra

Town Mall sebuah filem yg diadaptasi daripada novel seram karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima mengisahkan projek pembinaan Town Mall yg terbengkalai akibat gangguan makhluk halus. selepas 10 tahun, sebuah syarikat pembinaan bercadang untuk menyambung dan menyiapkan bangunan terbiar tersebut. 


pada permulaan filem,  seorang wanita (tak tau nama apa) kecewa apabila tendernya selalu ditolak berjumpa Mek Esah untuk mendapatkan bantuan makhluk halus. selepas perjumpaan tersebut, wanita itu mudah mendapatkan tender dan semakin berjaya.

tapi ada orang lain yg tak puas hati dan bunuh perempuan ni. so dari awal lagi dah boleh teka kenapa bangunan Town Mall tu jadi keras dan projek tersebut gagal.


Rusdi (Eizlan Yusof) diberi tanggungjawab sebagai ketua projek Town Mall. semenjak menguruskan projek tersebut, Rusdi juga mula diganggu. apabila pembinaan mula dijalankan, pelbagai kejadian aneh berlaku di tapak projek, pekerja hampir kemalangan dan sampai ada yg bunuh diri.


kemunculan Akma (Reen Rahim) wakil syarikat yg akan bekerjasama dalam projek Town Mall juga sangat misteri. perempuan ni bila melawat tapak projek, ajak datang waktu malam je. tak ke si Rusdi ni rasa pelik?

pada masa yg sama juga Akma menjadi jiran baru Rusdi dan berkawan baik dengan isterinya, Maria (Intan Ladyana). Maria pun dah kena kacau sejak Rusdi uruskan projek Town Mall. tapi Rusdi tak tahu hal ni sebab tiap kali Maria nak cerita pasal jiran baru mereka mesti ada benda yg menghalang.


Rusdi cuba menyelesaikan gangguan di tapak bangunan dengan bantuan Tok Megat tapi itu pun tak jalan juga sampai Rusdi tuduh Tok Megat menipu dia.

inilah perangai manusia, bila tak boleh halau makhluk tu, dah takut baru gelabah nak cari air yasin, nak cari surah yasin. itupun pegang je, bacanya tak juga.


filem Town Mall ni, ok la boleh dikatakan seram dan saspen juga tapi bukan sampai level boleh buat aku meremang. plot yg klise tak bagi impak yg saspen sangat sebab dari awal lagi dah boleh nampak banyak klu, cuma Rusdi sorang yg mata rabun tak nampak hint yg hantu tu bagi. 

kualiti filem ni tak begitu memuaskan, cgi tak nampak real, pastu dialog pun bosan giler. rasa tak berbaloi langsung tengok movie ni, sepatutnya spend duit tu kat netflix, tambah sikit lagi dah boleh tengok movie yg lagi gempak.


Post a comment

12 Comments

  1. Tak tengok filemnya.. dok baca novel je.. hehehe.m

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita macam best. Mungkin kena baca novelnya aje kot...

    ReplyDelete
  3. akak memang idok la nengok movie seram tapi macam teruja nak tau jln cerita sebab akak baru baru novel ini tahun lepas, pinjam kat library novelnya tebal tapi jalan cerita macam best jugak... tapi yelah kt novel dengan filem mesti lain kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu akak..ada orang cakap filem ni sama macam jalann cerita novel. try a tengok..hehe

      Delete
  4. menarik ni.. nampak seram je cerita ni. ejulz suka. hehe

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete
  5. wahhhhh dato eizlan yusof dah jadi pengarah ea. Nak tengok la nanti sebab pelakon dia macam bagus jugak

    ReplyDelete
  6. Dato eizlan yusof jadi pengarah seram? hurm... Idok ler bete nak menengok citer seram gini. Haha

    ReplyDelete