Review Novel | Kerana Dia Suka by Marissa


Novel : Kerana Dia Suka
Penulis : Marissa
Helaian : 387
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : Jun 2020

Kerana Dia Suka mengisahkan Wardina yg putus tunang dengan Sufian angkara kawan baik dan kakak iparnya. hati mana tak kecewa bila percintaan dari zaman sekolah berakhir macam ni tapi Wardina dah tawar hati untuk terima balik Sufian.

untuk mengubat hati yg lara, Wardina bercuti ke Kundasang dan bertemu dengan Idham. sepanjang berada di sana, Wardina senang berkawan dengan Idham tapi Idham mengaku dia sudah bertunang, terus Wardina tepis perasaan sendiri sebab tak nak terlibat dengan tunang orang. masalahnya bila pulang ke Kuala Lumpur, Idham tak putus asa untuk menghubunginya.


isu utama dalam buku ni lebih kepada kekeluargaan dan penyakit hati yg merebak dalam masyarakat kita. hubungan kekeluargaan itu sangat penting dan harus dijaga. walaupun teruk macam mana fitnah yg Wardina kena hadap tapi benda ni jadi lebih mudah bila ada keluarga yg memahami dan banyak bagi sokongan.

bab fitnah dan dengki memang banyak terjadi dalam masyarakat hari ini tapi lagi sakit bila yg buat onar pada Wardina ni punca daripada kakak ipar dia sendiri. kak ipar dia punya dengki bukan biasa-biasa siap main bomoh lagi, tak puas hati sikit habis semua orang nak dibomohnya.

walaupun jalan cerita dia sangat klise dan dengan kemunculan umi pun aku dah nampak apa yg bakal terjadi dengan hubungan Wardina dan Idham tapi garapan penulis memang best, sakit hati betul dengan perangai manusia dalam buku ni. nice story dan banyak pengajaran yg boleh diambil.

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**


4 comments:

  1. Walau klise, tapi kalau penulis pandai heret kita, pasti terseret kita nak tau plot seterusnya tak saba2 kan hehe

    ReplyDelete
  2. Alahai lamanya KakYa tak baca novel. Yang last beli pon tak sempat nak habiskan baca. Busy benor..

    ReplyDelete
  3. Ramai penulisan novel semua muka-muka baru. Semoga genre sebegini tidak tenggelam dengan peredaran masa. hehe.

    ReplyDelete