DIY Racun Organik Untuk Hapuskan Bena Putih Pada Pokok Cili



Pada yg suka berkebun mesti faham perasaan bila tengok tanaman kena serang dengan serangga seperti bena putih. sakit mata yg memandang tengok pokok cili kat rumah aku habis kena serang dengan benda ni.

kebelakangan ni baru rajin semula nak membelek pokok yg ada, rasanya dari bulan puasa hari tu aku malas nak amik kisah pasal pokok sayur. first benda buat, buang pasu yg pokok mati, rasa macam membela rumput pula lepas tu pindah pokok cili yg masih hidup dari polybag masuk ke dalam pasu. time pindah baru nampak tanah pun dah teruk juga kena dengan bena ni.


bila tengok pokok cili yg masih survive terfikir kat mana nak beli racun serangga ni. bila check harga rasa sayang pula duit. spend duit kat buku tak sayang pula! jadinya aku google untuk cari cara nak hapuskan benda ni.

Cara Membuat Racun Organik Sendiri



Bahan yg diperlukan:

1. Bahan putih
2. Bawang Merah
3. Cili Padi
4. Sabun Pencuci Pinggan
5. Minyak Masak
6. Air
7. Botol Spray

Cara Membuat:

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi, semua ni main agak-agak je. nampak macam pemalas nak buang kulit bawang tu tapi aku ada terbaca yg kulit bawang bagus untuk tanaman itu yg blender semua sekali,

2. tapis bahan kisar tadi untuk dapatkan patinya.

3. dalam air pati tu, masukkan minyak masak dan sabun pencuci pinggan dalam satu sudu.

4. Isi pati dalam botol spray dan boleh mulakan misi menghapuskan serangga yg bermaharajalela di tanaman anda. yg hampas kisar tu aku simpan dalam peti sejuk, boleh guna next round.


Sumber asal boleh refer sini: Kebun Bandar

lepas buat racun organik ni aku punyalah semangat nak sembur bena tu tapi rancangan tergendala sebab selalu hujan time petang. aku baru try sembur racun ni sekali kat pokok cili, dia punya sakit hati sampai tanah pun aku sembur sekali.


besok tu tengok bena dah tak ada, bawah daun yg putih-putih tu pun dah jadi hitam tapi aku perasan daun dah kecut pula. banyak sangat ke racun yg aku sembur tu? nak kena selalu tengok juga pokok cili ni harapnya binantang parasit ni tak datang menyerang lagi.

Post a comment

17 Comments

  1. Owh.. boleh guna pakai balik eh hampas dia tu.. Nice.. Lebih jimat..

    ReplyDelete
  2. kalo dpt kat sy ni lg mati pokok tu jdnya..
    xreti betol nk membela pokok.. haha

    nmpk mcm sng je nk buat racun organik ni..
    bahan pon sng dpt..
    nk ngn xnk je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bahan boleh dapat dari rumah tapi nak kena mood rajin tu datang dulu..haha

      Delete
  3. Saya pula guna kulit-kulit bawang saja. berhasil. Tapi hari tu laki p spray guna febrez. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baca pasal kulit bawang ni tapi selalu lupa nak simpan. berkesan ke pakai febrez tu? hahaha

      Delete
  4. Kalau daun kecut dan mati mesti ada bahan terlebih. hehe. Terima kasih berkongsi diy racun organik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam terlebih sembur pun ada juga..hehe

      Delete
  5. bena putih selalu serang pokok cili kami. dah 2-3 pokok cili mati. then kami terus stop tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la cara ni pula mana tahu boleh selamatkan pokok cili :)

      Delete
  6. pokok cili mmg kena jaga elok2 kan.. sepupu saya suka tanam2 ni.. dia selalu cakap pokok cili antara yang renyah nak jaga.

    boleh cuba ni.. racun organik =)

    ReplyDelete
  7. Mama penah buat dulu tapi mama perasan daun pokok jadi MCM kurang lebar.. nanti nak try lagi la

    ReplyDelete