Meriah Big Stage 2019


tetiba macam excited pasal Big Stage walaupun aku bukan peminat setia Big Stage tapi tahun lepas ada juga tengok sikit. yg best pasal Big Stage ni suka pengacara dia iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad. gandingan Alif-Sherry memang mantap dan tak pernah bosan kalau tengok mereka berceloteh, untuk tahun ini pun mereka masih dikekalkan untuk mengacarakan program ini.


selain itu, Dato Sri Siti Nurhaliza masih dikekalkan sebagai juri tetap dan terbaru Cakra Khan dan Judika juga antara juri  Big Stage untuk tahun ini. suka sangat barisan juri, harapnya boleh dengar suara Cakra dan Judika bergabung lagi menyanyi dengan Siti Nurhaliza di Big Stage.


Big Stage adalah satu program realiti yg menampilkan barisan penyanyi baru popular ataupun dipanggil BBNU (Budak-budak Baru Nak Up). antara barisan peserta untuk tahun ini ialah Santesh, Irfan Haris, Andzrin, Kucaimars, Fieya Julia, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani dan Syada Amzah.

selain itu juga, pada musim kali ini terdapat sedikit kelainan dengan membuka penyertaan kepada artis luar negara antaranya Aziz Harun (Brunei), Han Byul (Korea Selatan), Chaleeda (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia). nampak meriah tak musim kedua Big Stage?

bagi aku yg menarik sebab ada Aziz Harun, selalu juga dengar lagu dia. selain itu ada Hanbyul yg join, agak terkejut juga bila Hanbyul sebab tahu dia ni daripada kumpulan LED Apple. yg uniknya pasal LED Apple berkonsepkan dance rock band, itu yg buat aku ingat pasal kumpulan ni dan ada satu lagu mereka yg aku suka, Time is Up.

Konsert Big Stage akan bersiaran pada setiap hari Ahad selama8 minggu jam 9.oo malam dan akan disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Nantikan 18 Ogos ini.

6 comments:

  1. dah jarang menonton tv sebenarnya tapi kalau ada kesempatan nk jugak tengok Big Stage ni sbb ada Alif Satar..hehe he is a good singer dan actor bukan pasal dia jiran sebelah dulu-dulu hehee

    ReplyDelete
  2. ada lagi geng bbnu ni kan. kalau tengok, tunggu santish je hehe

    ReplyDelete
  3. Wah.. menarik.. Ada penyertaan luar Malaysia ye.. sedaplah lagu korea tu..

    ReplyDelete
  4. 1st season pun aida x minat sgt nak tgk.
    sebab bbnu kan. x minat.
    tapi klik klik juga la cite ni sebab suka kan aliff dan sherry :)
    diorang gandingan terbaik abad ni.
    lawak yg best. suara diorang sedap di dgr.

    ReplyDelete
  5. 1st season pun aida x minat sgt nak tgk.
    sebab bbnu kan. x minat.
    tapi klik klik juga la cite ni sebab suka kan aliff dan sherry :)
    diorang gandingan terbaik abad ni.
    lawak yg best. suara diorang sedap di dgr.

    ReplyDelete
  6. weh ada neeta! Memang kena tengok lah kalau macamni

    ReplyDelete