Novel | Ali Alauddin


Novel : Ali Alauddin
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 303
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Julai 2019

Ali Alauddin ialah kisah kahwin paksa antara Ali dan Barizah, bagi aku apabila penulisnya ialah Rose Harissa kisah kahwin paksanya bukan kisah biasa-biasa..hehe

kisahnya mengenai Ali Alauddin yg menetap di luar negara hampir 10 tahun, lepas habis belajar terus kerja dan terus masih di sana. yg sebenarnya Ali tunggu kekasih hatinya iaitu Jana habis belajar baru dia akan pulang ke Malaysia. tapi siapa sangka Jana yg dikenalinya makin berubah, daripada muslimah solehah bertukar imej yg lebih moden dan feminis sampaikan emak Ali pun dikutuknya. akhirnya Ali tekad pulang ke Malaysia dan menerima jodoh pilihan keluarganya.

selepas Ali berkahwin dengan Barizah, ada cabaran yg juga apabila Barizah sebenarnya masih tidak dapat melupakan tunangnya Fateh, secara senyap Barizah membuat protes terhadapnya. Ali percaya dengan adanya restu keluarga, urusan rumah tangga mereka akan dipermudahkan.

bila baca buku Rose Harissa ni tak sah la kalau tak jatuh cinta dengan hero dia..hehe watak Ali Alauddin aishh sangatlah gentleman dan sweet. geram dengan cara Jana  layan Ali tapi padan muka juga pada Jana sebab dia tak tahu siapa sebenarnya Ali. kalau nak tahu Ali berhenti kerja arkitek di London untuk fokus pada urban sketching, dia punya income bila balik Malaysia pergghh jutawan tapi nasiblah Jana tak tahu dan nasib jugalah Barizah jenis tak kisah dengan harta benda.

overall, novel Ali Alauddin sebuah kisah yg menarik dan santai untuk dibaca tapi yg tak best buku ni nipis rasa macam tak puas pula..hehe

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Post a Comment

11 Comments

  1. best pulak baca review nie . Nama Ali Alauddin pun menarik dan jarang dengar . klasik islamic sikit . hehehe

    Part jana tu kutuk mak ali , eh rasa nak marah pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila baca part jana ni memang geram betul, nasib dia bukan jodoh Ali..haha

      Delete
  2. Tengah berlatih menulis dalam Bahasa Melayu.. Mungkin boleh cuba baca novel ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni pun nipis je, mungkin boleh membantu.. gudluck :)

      Delete
  3. untung la ada orang paksa-paksa kahwin berbanding orang terpaksa tak kahwin lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. ray dah lama gila x baca novel bm

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la baca ray, sekarang banyak novel bm yg best :)

      Delete
  5. Menarik jalan ceritanya buat MMA nak baca plak

    ReplyDelete
  6. tak lama lagi mesti diadaptasi ke drama ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm tak tahulah anis, novel Rose Harissa ni jarang diadaptasi ke drama.

      Delete