Novel : Proposal Cinta Selamanya
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 597
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : April 2015
Proposal Cinta Selamanya mengisahkan Amyra bekerja sebagai Eksekutif Jualan, ingatkan lepas teman lelakinya, Haidar tamat degree terus nak kahwin tapi dapat pula kejutan yg Haidar nak memutuskan hubungan mereka, bercinta selama tujuh tahun tetiba bagi alasan tak sekufu. perghh memang hampeh lelaki macam ni. malas nak kecewa lama-lama, Amyra tak nak pikir soal cinta lagi dan dia pasang impian untuk kumpul duit kemudia buat bisnes sendiri. dalam pada sibuk bekerja, dia bertemu dengan dua jejaka ganteng.
calon pertama: Zaim Armani Tan Sri Jailani
seorang arkitek yg ada syarikat sendiri. dari segi rupa memang perfect tapi perangai agak kerek dan annoying, makin lama kenal banyak sisi baik Zaim yg dapat lihat tambahan lagi keluarga Zaim juga jenis yg merendah diri dan tak menyombong walaupun ada pangkat tan sri puan sri.
calon kedua: Leonarda Raden Ryszard
seorang tukang kayu yg ada bisnes sendiri. Leo berdarah kacukan jawa-jerman dan yg ni spesis rare sebab selalu berbau wangi. kalau Zaim jenis yg open, Leo pula agak misteri buat kita nak tahu siapa dia sebenarnya. yg aku suka pasal Leo ialah dia sangat pentingkan agama, selalu tegur Amyra bab solat, bab pakaian. nampak tak aku bias suka siapa..haha
pendek cakap watak Zaim dan Leo ini, dua-dua sama hebat dua-dua ada kelebihan dan kekurang masing-masing. Amyra pula jenis yg sempoi, kedua-duanya boleh dibuat kawan tapi bila melibatkan perasaan, dia sendiri juga keliru untuk memilih. siapa pilihan Amyra? semua itu terserah pada jodoh mereka.
**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**
gituuu tajuk ceritanya hehe..
ReplyDeleteamboihhh nama leo tu , belit-belit lidah . Tapi part along bagi suggestion ciri-ciri lelaki tu macam betul la , lelaki sekarang semua kena pandai buat keje-keje tukang dan turun sungai macam tu . Kalau semua harap orang , banyak kos yang kena keluar padahal semua benda tu kita boleh buat sendiri je .
ReplyDeletenama dia memang berbelit lidah nak sebut nasib baik panggil leo je..haha
Deletebetul, nasihat yg terbaik drpd along :)
Ala.. bocorlah rahsia.. Amyra pilih siapa.. hahaha..
ReplyDeleteno spoiler..haha:P
Delete