Novel | Shhh... Rahsia by T SEA


Novel : Shhh... Rahsia
Penulis : Tsea
Helaian : 304
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2018

buku yg ditulis oleh Tsea ni sangat menarik, penuh dengan rahsia. kalau korang rasa tak mampu nak simpan baik jangan baca buku ni 😛

mengisahkan Rosie seorang penulis buku bestseller bertajuk Secret dan bukunya juga telah  diadaptasi menjadi filem, sayang Rosie lagi selesa merahsiakan identitinya daripada diketahui umum.

Iris pula housemate yg juga merangkap bestfriend Rosie, Iris tahu siapa penulis Secret dan dari mana Rosie mendapat ilham untuk menulis buku tersebut tapi dia setia menyimpan rahsia Rosie dengan baik. 

di office Iris pula, Jenal begitu setia memuja bos pujaan hatinya iaitu Diana. apa yg budak pejabat tak tahu, Diana dan Iris ialah kawan baik waktu zaman uni dulu.

muncul Dani dari team production filem Secret yg cuba mencari dan membongkar identiti Rosie. adakah Dani dapat menjejak Rosie?

pendek cakap semua watak ini ada rahsia mereka sendiri dan ada kejutan yg mereka akan bagi. penat tau baca buku ni sebab banyak sangat rahsia nak kena simpan. ending dia agak psiko juga bila ada satu lagi rahsia belum terbongkar so siapa yg dah baca buku ni kenalah simpan rahsia tu..hehe

Shhh.. Rahsia..

**My rating: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

1 comment: