Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

Drama : Setelah Ku Dimiliki
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
Slot : Akasia TV3
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2019
Episod : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Diadaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry mengisahkan Sarafia yg memulakan kehidupan baru di Rumah Azirah. Selama dua tahun menetap di situ, Sarafia tidak dapat melupakan lelaki yg telah memusnahkan kehidupannya dan kini lelaki itu muncul kembali. Sarafia pelik bila lelaki tersebut tidak mengenali dirinya.

Azriq yg tersedar dari koma tidak dapat mengingati masa lalunya. Azriq bertemu Sarafia di Rumah Azira dan hairan dengan sikap Sarafia yg begitu dingin dengan dirinya.

Rumah Azirah sebenarnya milik keluarga Azriq dan Azriq membuat keputusan untuk membantu ayahnya menguruskan rumah jagaan tersebut. Azriq cuba mengenali setiap penghuni di situ malangnya Sarafia sering mengelak daripadanya.

Azriq tertanya adakah mereka pernah bertemu sebelum ini dan berlaku sesuatu yg menyebabkan tingkah laku Sarafia begitu dingin terhadap dirinya?

6 comments: