Title : Well Intended Love
Episode : 20
Duration : 45 minutes
Cast : Xu Kai Cheng, Simona Wang, Ian Yi, Huang Qi Shuo, Liu Jia Xi, Yan Hou Ming
banyak positif review yang aku baca mengenai drama ni so try lah tengok first episode. tapi awal-awal lagi tak suka heroin punya acting tapi memandang tak tahu nak tengok citer apa sekarang ni so aku decide untuk tengok balik.
Well Intended Love mengisahkan Xia Lin yang disahkan menghidap leukemia dan berita ni sangat mengganggu dirinya apabila dia baru sahaja nak memulakan kerjaya sebagai pelakon. Dia ada harapan untuk sembuh jika menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum malangnya penderma yang sesuai menukar fikiran di saat akhir. jadinya Xia Lin buat rancangan untuk berjumpa sendiri dengan penderma tersebut iaitu Ling Yi Zhou seorang CEO of Ling Group.
Ling Yi Zhou seorang businessman sudah tentu dia takkan buat benda yg tak bagi keuntungan untuk dirinya. puas juga Xia Lin merayu last sekali Yizhou setuju juga dengan syarat Xia Lin setuju untuk berkahwin dengan dia. selepas berfikir panjang Xia Lin bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Yi Zhou.
selepas berkahwin Xia Lin cuma anggap perkahwinan mereka cuma sementara sahaja dan mahu dirahsia sebab Xia Lin tak mahu guna status dia sebagai isteri CEO untuk dapat job dalam dunia lakonan. lain pula dengan Yi Zhou bila nampak dia sangat serius dalam perkahwinan mereka dan tak nampak macam dia berpura-pura mesra depan orang. bila tengok sampai episod 6, aku agak yg Yi Zhou ni sebenarnya dah suka Xia Lin dari awal lagi sebab aku tak nampak alasan yg kukuh kenapa Yi Zhou terdesak sangat untuk berkahwin.
**SPOILER**
Yi Zhou sebenarnya pernah terjumpa Xia Lin dua tahun yg lalu dan dia jatuh cinta dengan kebaikan Xia Lin walaupun Xia Lin tak ingat langsung pada dia. disebabkan mamat ni kaya, dia upah orang untuk siasat Xia Lin. sampai semua benda yg terjadi pada Xia Lin macam leukemia tu cuma plan Yi Zhou supaya at the end Xia Lin akan datang sendiri cari dia.
memula rasa macam sweet la juga bila tahu Yizhou dah lama suka pada Xia Lin tapi lepas tu aku rasa creepy la pula, cuba bayangkan hidup kau yg kau rasa aman selama ni sebenarnya tanpa sedar kau kena stalk dengan orang yg tak kenal. menakutkan walaupun niat tu baik tapi still la benda yg Yi Zhou buat tu bukan contoh yg bagus untuk ditunjukkan dalam drama.
untuk 20 episode sepatutnya drama ni jadi romantic-comedy yg ringan tapi penulis ni sumbat banyak benda sampai cerita ni jadi carca merba. banyak benda klise yg boleh jumpa dalam drama ni macam amnesia, fake death, kena culik dan muncul watak jahat yg entah dari mana nak balas dendam. serabut betul tengok drama ni.
ikutkan hati bila sampai kes Yi Zhou kena amnesia tu, aku nak drop je tengok drama ni tapi disebabkan curious pasal Yi Zhou dan nak tahu ending itu yg bertahan juga, nasib baik 20 episod je.
dah tengok dah... best sangat. gee mmg peminat c-drama gak haha
ReplyDeletebagi peminat drama yang ada jalan cerita yang bagus..
ReplyDeletetentulah cerita begini tidak menghampakan
Kak ana tak pernah layan lagi c-drama. Selalu tgk yg movie je. Leh masuk dlm list nanti
ReplyDeleteCerita macam dah sweet sekali banyak sangat yang nak disumbat.. terus jadi tak best kan Tiara..
ReplyDeletelama betul x tgk drama chinese
ReplyDeleteni drama dr taiwan or mainland?
ReplyDeletemainland drama :)
Deletekak lebih suka cdrama yg ada tema school. heehhehe
ReplyDeletecdrama memang banyak school drama tapi sekarang saya tak berapa minat sgt nak tgk drama ni..hehe
Deletebila baca part creepy tu macam ada betul jugak eh.. dalam dendiam ada orang dok stalk idop kite. macam realiti la.. ada je org ngintai2 kite.
ReplyDeleteeh... hahaha..