Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang (Astro)

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang (Astro)

Drama : Rindu Yang Terlarang
Slot : DramaVaganza Astro Ria
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang

Diadapatasi novel Rindu Yang Terlarang karya Umie Nadzimah mengisahkan Iz dan Ain bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan bantuan Tok Wan, atuk Ain.

Perkahwinan mereka bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar, keluarga mereka tekad untuk memisahkan Iz dan Ain. akhirnya Iz terpaksa menceraikan Ain kerana campur tangan keluarga dan mereka membawa haluan masing-masing.

Selepas beberapa tahun mereka bertemu kembali, Iz mahu bersatu kembali dengan Ain namun Ain menolak kerana tidak mahu peristiwa lama berulang kembali kecuali jika mereka berjaya membuat keluarga mereka berdamai dan seterusnya mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

9 comments:

  1. baca sinopsis dh rs teruja..
    mcm best je cite ni..

    ReplyDelete
  2. tu dia complicated tapi macam best je rancangan die tu

    ReplyDelete
  3. tak tahu la dapat tengok ke tidak ni..maunye katun je memanjang bebudak 3 orang tu..hehe

    ReplyDelete
  4. Ni cerita kelakar ke? Tapi macam complicated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comlicated sebenarnya banyak cabaran mereka nak kena hadap tapi bila buat drama ni tak tahulah mungkin selit sikit komedi supaya orang tak rasa stress sgt tgk..hehe

      Delete
  5. Uish konfliknya..
    Bila cinta dihalang keluarga akibat permusuhan.. Kesian kat anak-anak..
    Lama tak tengok lakonan zahirah nie..

    ReplyDelete
  6. alamak.. rumah kita tak de Astro.. ada cara lain tak nak layan drama ni.. huu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau drama tv3 bolehlah tgk kat youtube kalau drama astro try la google, mesti ada tu..hehe

      Delete