Novel : Sabarlah Duhai Hati
Penulis : Mimie Afinie
Helaian : 630
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : Ogos 2015
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan. Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?
Sabarlah Duhai Hati mengisahkan Fira yg kehilangan ibu, ayah dan neneknya dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa menjaga Danish, adiknya yg baru berusia 4 tahun. ketika hidup sendiri masih terumbang-ambing, mak kawan baiknya datang melamar untuk abang Affan.
dalam drama dari awal dah beritahu yg Fira kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu so takde tertanya sangat kenapa hubungan Fira dan Affan tak baik sedangkan Fira berkawan rapat dengan Dian.
Affan ni pemalu amat langsung tak cuba approach Fira dan jernihkan kembali hubungan mereka. macam tak hairan kalau lepas tunang, Fira ragu-ragu dan nak putuskan pertunangan tersebut sebab fikir Affan terima dia pun sebab umi dan Dian. benda jadi senang bila Affan mula berkomunikasi dengan Fira, itu yg sepatutnya dia buat dari awal lagi.
mostly watak-watak yg ada dalam novel ni memang best kecuali nenek Affan dan Nadia. dalam novel Nadia macam terlalu mendesak dan Affan pula sangat tegas dan langsung tak nak bagi harapan pada Nadia. masalah bila nenek mereka tak faham bahasa dan mahu jodohkan Affan dengan Nadia.
overall, konflik dalam Sabarlah Duhai Hatitak berat sangat dan dugaan yg datang pun daripada orang luar tapi tak menjejaskan hubungan Fira dan Affan. overall, kisah yg menarik dan sesuai untuk bacaan santai.
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**
Baca juga: Drama Sabarlah Duhai Hati (Akasia TV3)
Ohhhh dah dijadikan drama novel ni. Tak boleh baca novel, kita tengok drama jelah. Dah lama tak layan drama yang adaptasi dari novel ni hehehe.
ReplyDeletei malas nak follow drama itu yg terus cari novel dia..hehe
DeleteKalau jadi Fira pun susah nak percaya Affan sayang dia sebab memang suka bukan sebab keluarga
ReplyDeletemalu sangat Affan ni nak bercakap dengan Fira pun payah. bila orang nak putus baru kelam-kabut..haha
Deletenovel x baca, drama pun x smpt tgk haha
ReplyDeleteTak pernah baca novel ini.. Drama dia pun tak sempat nak tengok.. Adalah sesekali layan klip pendek dekat youtube.. geram pula tengok nenek dia tu..
ReplyDeletenenek dia tu memang annoying tapi dalam novel xdelah sampai menyibuk nak datang rumah bagai. baik baca novel dia je kot..haha
DeleteBagaimana pengakhirannya?
ReplyDeletekalau dalam drama tak tahulah sebab jalan cerita totally berbeza kat hujung dgn nenek dia tak habis menyibuk..
Deletekalau ikut novel, fira lari sebab bergaduh dengan dian pastu affan dapat cari then happy ending
sound so emotional la antara depa dua huhuhu
ReplyDelete