Drama | Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)


Drama : Kekasih Hati Mr Bodyguard
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
Siaran : Slot Lestary TV3
Mula Tayangan : 15 Mei 2021
Episod : 20
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Lana Nordin, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Shasha Abedul


baru plan nak tengok drama Kekasih Hati Mr Online secara online tapi tak jumpa pula rupa-rupanya kebanyakan drama tv3 ni akan ditayangkan di platform streaming terbaru iaitu Disney Hotstar mulai 1 Jun 2021.

setahu aku Disney Hotstar ni kena subscribe tak tahulah kalau drama tv3 boleh  tengok secara percuma ke tidak macam iQiyi dan WeTV. kalau kena subscribe memang hai hai bye bye je lah nak tengok drama melayu lepas ni sebab sis ni sejenis yg tak rajin nak terpacak depan tv.


Kekasih Hati Mr Bodyguard sebuah drama adaptasi novel karya Ateen Khalid mengisahkan  Hana Aralyn (Sharifah Rose) menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli) bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yg diberikan oleh ayahya iaitu Datuk Yusof.

Aralyn bertemu Hadif yg kini merupakan seorang peternak kambung di kampung. Aralyn sanggup mengekori Hadif kemana sahaja termasuk membantu melakukan kerja ladang untuk mengorek rahsia yg disimpan lelaki tersebut.

hal tersebut menyebabkan Hadif berasa rimas dengan kehadiran Aralyn menyebabkan mereka sering bertengkar namun lama kelamaan wujud perasaan cinta dalam hati masing-masing.

Lagu Tema/OST: Khai Bahar & Aina Abdul - Nafas Cinta

Tonton Online: Kekasih Hati Mr Bodyguard (Disney Hotstar)

Post a Comment

5 Comments

  1. drama ni ke yg izara aishah sindir instafamous tu? hehehe... jgn gaduh2 bkn ke bakal biras tu? hahaha

    ReplyDelete
  2. Belum keluar lagi dah kontrovesi drama ini.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Tak dapat nak tengok sebab xde online. Rupanya kat disney hotstar tapi kena subscribe pulak kan. start pun 1 jun nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan depan baru dapat tengok kat disney hotstar

      Delete
  4. senangkan skrg mmg smua ada platform online :)

    ReplyDelete