Mini Air Cooler Fan USB


cuaca kebelakangan ni tak berapa menentu kadang panas kadang hujan kadang tu mendung seharian tapi tak hujan pun. waktu hari panas duduk kat bilik ni berpeluh-peluh macam duduk dalam sauna pula.

nak pasang aircond memang tak mampu, nak beli air cooler pula dah berkurun survey tapi tak pernah beli pun.. hari tu buka shopee saja nak window shopping tengok air cooler lepas tu terjumpa mini air cooler ni, berkenan dengan design dia sebenarnya dan harga pun tak sampai RM50.


air coole ada tiga color tapi yg seller aku beli ni tinggal color pink saja. air cooler ni kecil saja boleh isi air maximum 300 ml. angin dia pun lebih sejuk dari kipas kalau nak lebih sejuk boleh letak air sejuk tapi jangan nak expect sesejuk udara aircond. 

untuk kegunaan seorang diri sangat berbaloi tapi nak guna untuk satu family langsung tak disarankan nanti jenuh berebut. power supply pula guna usb dan air cooler ada 3 speed tapi tak suka sangat guna speed paling laju sebab nanti bunyi kipas agak kuat.


bagi aku, agak berbaloilah dengan harga dan guna untuk diri sendiri sahaja. at least nak tidur malam selesa sikit bila letak air cooler ni kat sebelah katil.

13 comments:

  1. Macam menarik ni. Bolwh beli satu letak kt meja mekap nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. belilah satu, mekap pun tak cair guna air cooler ni..hehe

      Delete
  2. bole beli ni klu mati karan..pakai power bank

    ReplyDelete
  3. takpe, walaupun setakat bebaloi untuk guna seorang, atleast masih boleh digunakan untuk keperluan kita.. kalau setakat nk guna masa buat keje dalam bilik, masa nak mekap. atleast jimatkan elektrik jugak kn berbanding on aircond 1 bilik, sedangkan yg guna kita seorang kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli air cooler rasa macam mahal sgt, beli yg kecil ni rasa berbaloi nak guna utk kita sorang je..hehe

      Delete
  4. betul kan.. berbaloiii klu guna dekat sendiri2 kan

    ReplyDelete
  5. Comelnya air cooler ni. Menarik, boleh cuba beli satu nak guna kat kampung bila cuaca panas.

    ReplyDelete
  6. Ni memang penyelamat kalau xde api. berbaloi sgt.
    p/s: jalan2 blogwalking, done follow n tinggal jejak. Tq sudi singgah.

    ReplyDelete
  7. Air cooler pund ah ada yang mini ek.

    ReplyDelete
  8. Comel rupa. Berapa jam boleh pakai kalau kena letak air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilaa NA.. kalau air kering pun kipas still jalan macam biasa..hehe

      Delete