Drama | Ahli Bapak Bapak Club (2021)


Drama : Ahli Bapak Bapak Club
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 19 Mei 2021
Episod : 
Masa : Rabu | 9.30 Malam
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Steven Yap, Luqman Hafidz, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Ziela Jalil, Fizz Fairuz, Amir Masdi, Danish Iskandar, Edika Yusof

Ahli Bapak Bapak Club mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Joe, Bob dan Nick dalam mengharungi kehidupan mereka yg penuh cabaran sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.


Joe (Aiman Hakim) seorang pelakon popular tapi gara-gara mengutuk drama korea terus jadi artis sendu selepas bergaduh dengan kelab peminat tegar k-drama rawang. pengarah pun tak minat nak ambil Joe sebab berlakon pun kayu jadi terpaksa Joe ambil kerja sebagai pengalih suara untuk siri animasi.

Joe sudah bercerai dengan Hana (Shiqin Kamal) dan anak mereka juga dijaga bekas isterinya. selepas bercerai, Hana bertambah cantik dan kini menjadi influencer terkenal.


Bob (Luqman Hafidz) pula dibuang kerja dan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri dan ibu mertuanya. Bob berpura-pura pergi kerja padahal tidur di surau berdekatan rumahnya.

Bob ni pemalas tak payah cakap, kena bebel dengan emak mertua pun dia buat selamba je. segala perbelanjaan rumah diletakkan sepenuhnya ke atas isterinya, Yem (Uyaina Arshad).


Nik (Steve Yap) pakar motivasi dan isterinya Fisha (Maria Farida) pula jutawan kosmetik terkenal. Nik mempunyai dua anak tiri yg masih tidak menerimanya walaupun sudah dua tahun berkahwin dengan Fisha.

masalah Nik sekarang adalah mereka sekeluarga dijemput untuk menyertai program realiti The House, bagaimana Nik nak menyelesaikan masalah tersebut apabila anak tirinya telah meminta duit sebagai upah untuk berlakon sebagai anak yg taat.

Ahli Bapak Bapak Club merupakan karya terbaru arahan Tam Suhaimi boleh ditonton melalui Astro Ria juga aplikasi AstroGo. episod pertama Ahli Bapak Bapak Club boleh juga ditonton di youtube rasmi Astro Gempak.

5 comments:

  1. baca sinopsis macam kelakar je drama ni... menarik2

    ReplyDelete
  2. wah macam lawak je..boleh la layan

    ReplyDelete
  3. patutlah macam menarik jalan cerita dia. Pengarah dia Tam rupanya.

    ReplyDelete
  4. mcm cita lawak gila ni.. nak tgk laaaa

    ReplyDelete
  5. Baca sinopsis macam best cerita dia. Nak layan dulu episod 1 :)

    ReplyDelete