Novel : Nikina
Penulis : Nadia Khan
Helaian : 248
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : Mac 2019
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?
buku ni dah habis baca bulan lepas tapi malas betul nak tulis review time tu, ni pun tengah ingat balik jalan cerita dia.
Nikina mengisahkan kisah cinta Nik dan Kina, permulaan novel ni mereka bertemu selepas bertahun berpisah buat kita jadi penasaran juga tentang kisah cinta mereka dan bagaimana mereka boleh berpisah.
penulis guna konsep POV antara tiga watak iaitu Nik, Kina dan Dini, rakan kongsi Kina yg dah lama suka pada Kina tapi memanjang kena friendzone. kalau part Nik dan Kina terlalu banyak persoalan sampai pace pembacaan aku jadi laju sebab tak sabar nak tahu apa rahsia mereka sebenarnya.
masuk POV Dini macam kelakar bila Dini tak boleh terima hakikat yg Nik dan Kina masih punya perasaan antara satu sama lain. makin lama makin menyampah pula dengan Dini sebab dia punya curious tu dah jadi busybody pula padahal boleh saja try tanya kepada Kina apa sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.
plot twist cerita bila tahu identiti sebenar Sara, menarik juga sebab first time dengar sindrom yg rare tu cumanya masuk second half macam kurang something which is aku dah terlupa nak review apa part ni..so overall nice story..haha
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**
wah 4/5 not bad!
ReplyDeleteHahaha.. baca ayat last tu terus tergelak.. Lama sangat dah baca sampai terlupa ye Tiara..
ReplyDeletepoint yg tak best selalunya senang lupa..haha
Deletesinggah sini :)
ReplyDeleteNice :)
ReplyDeletekalau lepas baca or tgk something mmg kena review on the spot kan, sbb nanti feeling dia hilang and lupa apa kita nakkkk cerita haha
ReplyDelete