Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Drama : Sabarlah Duhai Hati
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Slot Akasia TV3
Tayangan : 28 April 2021
Episod : 35
Lagu Tema/OST: Black Hanifah - Hanyut
Pelakon : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Haleeda, Emelda Rosmila, Aiman Badrul


Sabarlah Duhai Hati sebuah drama adaptasi novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie mengisahkan Fira (Amyra Rosli) yg membesar sebagai anak tunggal dan sewaktu masuk umur 17 tahun, ibu Fira disahkan mengandung.

Fira tidak gembira menyambut berita tersebut dan selepas 6 tahun, Fira masih lagi tidak dapat menerima kehadiran Danish dan tidak suka apabila perhatian ibu bapanya lebih kepada adiknya.


Fira dan Dian (Puteri Liyana) berkawan rapat sejak zaman sekolah lagi, dalam masa yg sama Fira menyimpan perasaan pada Affan (Saharul Ridzwan) yg juga abang kepada Dian. tapi lepas kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu, Fira selalu mengelak dari berjumpa dengan Affan.

selepas 6 tahun, Dian menyambung pengajian di peringkat ijazah dan Fira pula sibuk dengan business online tapi hubungan mereka berdua masih lagi baik. 

Fira juga berkawan baik dengan Nazim (Izzue Islam) tapi belum bersedia untuk pergi lebih serius dalam hubungan mereka dengan memberi macam-macam alasan apabila Nazim mahu membawa Fira berjumpa keluargannya.


Affan merupakan cucu kesayangan Opah (Fadilah Mansur) tapi Opah tak suka dengan ibu Affan iaitu Laila (Haleeda) sebab Laila selalu membantah arahannya dan berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

bagi Opah, keturunan dia kena jaga sebaik mungkin sebab itu Opah suka anak-anaknya berkahwin dengan keturunan sendiri macam Shima (Emelda) kononnya Shima lah anak yg paling baik dan layan suami macam raja tapi akhirnya tetap bercerai juga.

selepas apa yg terjadi pada Shima, Opah tak serik nak satukan pula Affan dengan Nadia (Iman Suhana) dengan alasan yg sama nak jaga keturunan mereka. Nadia dan Shima sukalah sebab Affan ni dah ada sumber kewangan yg kukuh.


Baca juga : Review Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie


dugaan berat yg datang secara tiba-tiba mengubah hidup Fira apabila ibu bapanya meninggal dunia dan perlu menjaga Danish ketika itu juga Fira dilamar oleh Affan. Apakah kesudahannya? tonton episod seterusnya dalam Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3.

3 comments:

  1. Baru sempat layan episod 1 je. Awal awal macam bosan sikit. Biasalah intro kan. Watak Iman Suhana ni lebih kurang macam drama takdir yang tertulis. Lepas ni nak sambung tengok kalau ada masa :)

    ReplyDelete
  2. Menyampah gila dengan watak nenek tu.. hahaha.. walhal tengok klip je dekat youtube.. tak tengok pun drama penuh dia.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam drama watak nenek tu sgt annoying kalau baca novel tak banyak sgt scene dia sebenarnya. dah malas nak tengok drama ni..haha

      Delete