Drama | Single Terlalu Lama (2021)

Drama | Single Terlalu Lama (2021)

Drama : Single Terlalu Lama
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Penulis Skrip : Ungku Ismail Aziz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 29 April 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 6 Petang
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Noorkhiriah, 
Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim

Single Terlalu Lama bukan drama adaptasi novel sebaliknya ditulis dan diarahkan sendiri oleh Ungku Ismail Aziz, disiarkan di slot Drama Pukul 6 TV3 menggantikan drama Madam E-Wallet.


Single Terlalu Lama mengisahkan Andy (Ungku Ismail Aziz) yg ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya dan kini usianya menginjak 40 tahun. Andy hampir berputus asa untuk mencari wanita idamannya selepas keluar temujanji yg selalu diatur oleh ibunya.

Ketika majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine (Julia Farhana) yg pernah menjadi gadis popular di zaman sekolah dulu.

Andy mula jatuh hati pada Jasmine dan tidak mengambil masa yg terlalu lama untuk bertunang dengan gadis tersebut. Namun begitu terdapat banyak cabaran dan rintangan menanti mereka dan Andy dapat tahu Jasmine mempunyai satu rahsia.

Nak tahu apakah rahsia Jasmine? tonton episod seterusnya dalam drama Single Terlalu Lama setiap isnin hingga khamis pukul 6 petang. Drama Single Terlalu Lama juga boleh ditonton melalui platform online terbaru iaitu Disney+ Hostar yg akan mula dilancarkan pada 1 Jun 2021.

Lagu Tema/OST: Anuar Zain - Sendiri

Post a Comment

5 Comments

  1. wahhh Ungku ismail dah jadi pengarah? hebatttt

    ReplyDelete
  2. Apa agaknya rahsia Jasmin tu.. curious pula nak tahu..

    ReplyDelete
  3. Tak sempat lagi layan drama ni. pelakon best best gak tu

    ReplyDelete
  4. wow lagu tema dari annuar zain, lama tak dgr lagu2 dia

    ReplyDelete