Review Novel | Sumpah by Shaz Johar


Novel : Sumpah
Penulis : Shaz Johar
Helaian : 292
Penerbit : Buku Fixi
Terbitan : June 2020

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.

Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.

waktu beli buku Sumpah ni tak baca pun sinopsis dia, sekali bila dah beli terus macam malas nak baca sebab watak Lela ni baru 12 tahun dikahwinkan dengan Pak Hadir, lelaki yg sebaya arwah bapanya. seriusly geli dengan Pak Hadir bila dia cuba nak bermesra-mesra dengan Lela. uish pedo!

kesian dengan Lela dalam usia 12 tahun, terpaksa berhenti sekolah dan kemudian dikahwinkan. terpaksa mengikut sahaja apa yg ibu dia suruh. tapi watak Lela ni macam terlebih matang daripada usia, bila baca buku ni tak rasa macam dia budak 12 tahun.

kisah bertambah menarik bila Lela dibawa Pak Hadir tinggal di banglo mewah di tengah hutan kemudian berjumpa dengan seekor kucing yg boleh bercakap bernama Olaf, bermacam misteri yg Lela terpaksa tempuh seorang diri sampai satu tahu dia tak tahu nak percaya cakap Pak Hadir atau Olaf.
Pengakhirannya sangat menarik dan penuh misterii.

5 comments:

  1. thema child bride ni disturbing sikit nak baca huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat..itulah masalah bila beli buku tak baca dulu sinopsis dia :(

      Delete
  2. aduhhhh kucing nama olaf .... peminat forzen ke penulis ni eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing pun nak demand nama mat saleh juga..hahaha

      Delete
  3. menariklah.. tambah pengakhiran misteri tu..

    ReplyDelete