Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Drama : Kuali Mentua Lauk Menantu
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 7 April 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Shahrul Kamal, Zuhairi Ibrahim, Kismah Johari, Zarynn Malik

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu

Mengisahkan Lela (Afifah Nasir) seorang gadis ceria yg membesar dengan neneknya, Wan Ipah (Kismh Johari) dan Mak Ngah Ana (Zarynn Malik) di kampung dan kini Lela bekerja sebagai jurugambar di Kuala Lumpur.

di kampung kecoh apabila Ona menuduh Lela merampas kekasihnyanya, Shahrol padahal Shahrol yg tergila-gilakan Lela sampai sanggup pergi Kuala Lumpur untuk mencari Lela. tak pasal Lela kena serang dengan Ona, nak baling batu kat Lela terkena pula cermin kereta orang.

Haikal (Hafreez Adam) bengang apabila keretanya menjadi mangsa keadaan dan pelakunya awal-awal lagi dah cabut lari. nak tak nak Lela terpaksa bertanggungjawab dan berjanji untuk membayar ganti rugi membaiki kereta Haikal.

sebenarnya Lela dan Haikal tak tahu yg bapa mereka dah lama berkawan baik dan mereka pun pernah berjumpa waktu kecil dulu.

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Haikal pula arkitek muda yg selalu serius dan sibuk dengan kerjanya dan langsung tak ada masa nak melayan perempuan yg sibuk mengejarnya. Haikal rimas dengan Nina (Aina Kamalia), model yg berlagak diva. lepas tu Umi Hashimah (Normah Damanhuri) pula sibuk nak jodohkan Haikal dengan Roza. 

cuma Lela sahaja yg buat Haikal rasa selesa sampai Haikal buat keputusan untuk berkahwin dengan Lela supaya uminya dan Nina berhenti menganggu hidupnya. apa pula jawapan Lela, adakah Lela setuju menjadi isteri Haikal?

4 comments:

  1. suka tengok afifah ni berlakon... layan jugak nih

    ReplyDelete
  2. i suka hafreez berlakon hehe

    ReplyDelete
  3. Susah jugak kalau ada yang dengki dengan kita ni. Ada je yang tak kena dekat mata dia. Ni first time kan Hafreez berlakon dengan Afifah?

    ReplyDelete