Review Novel | Luruh by Rehan Makhtar


Novel : Luruh
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 693
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Julai 2020

Hidup Daneen sangat tragis di usia 19 tahun apabila ayahnya dipenjara kerana pecah amanah, ibu dan kakaknya pula meninggal dunia. Datuk Malik yg merupakan kawan baik ayah Daneen langsung tak mahu membantu membersihkan nama ayahnya malah Daneen dilayan macam anjing kurap bila merayu pada Datuk Malik.

rasanya ini pertama kali aku baca novel Rehan Makhtar yg watak heroinnya penuh dengan dendam untuk menghancurkan keluarga Datuk Malik dan sangat keras hati untuk menerima bantuan orang lain macam Maliki yg cuba membantu.

dalam kes ini tak boleh nak salahkan Maliki juga sebab Maliki anak Datuk Malik, dah tentu bukan senang Daneen nak percaya bila keluarga Maliki sendiri penyebab kehancuran kebahagian keluarga Daneen.

Baca juga: Novel Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar



selalunya buku Rehan Makhtar sangat sarat dengan emosi buat kita yg baca ni ikut sama rasa geram, sedih dan gembira. cuma dalam buku Luruh ni bagi aku terlalu tebal sebab tu kadang rasa macam beberapa part macam penulis terlalu fokus pada emosi dan monolog watak sampai rasa pacing buku ni jadi slow.

bila sampai di pertengahan cerita terus rasa lelah nak habiskan sebab penat repeat benda yg sama Maliki cuba nak hulurkan tangan tapi tiap kali itu juga Daneen menepis dan tak mahu menyambut. kalau orang lain boleh nampak kebaikan dan keikhlasan Maliki tapi hati Daneen pula terlalu sarat dengan dendam sampai buta hati nak nampak kebaikan orang lain.

kesimpulannya, bila hati sudah dipenuhi dengan dendam memang susah nak terima kebaikan orang lain. belajar untuk redha dengan segala dugaan yg datang menimpa pasti setiap urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

4 comments:

  1. Lamanyaaaa takk baca novel, tapi betul tu, kena belajar untuk redha akan semua yang berlaku :) Pasti ada hikmahNya disebalik yang terjadi.

    ReplyDelete
  2. aduh...dendam sememangnya akan memakan diri. sebaiknya redha dan move on sahaja

    ReplyDelete
  3. betul kan, belajar utk redha , baru hidup kita tenang :)

    ReplyDelete
  4. uish berkaitan dendam.. menarik..

    ReplyDelete