Drama : Bepanah Pyaar (Endless Love)
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Pearl V Puri, Aparna Dixit, Ishita Dutta, Sudha Chandran
Slot Sonia TV3 kembali lagi dengan drama hindi bergenrekan romantik misteri bertajuk Bepanah Pyaar (Endless Love) menggantikan drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! mulai 13 April 2021. drama Bepanah Pyaar mempunyai 190 episod kesemuanya tapi bila ditayangkan di tv3 tak tahulah episod dia banyak mana.
Bepanah Pyaar mengisahkan Raghbir Malhotra yg kehilangan isterinya, Bani Raichand dua tahun yg lepas kemudiannya bakal berkahwin dengan kenalannya, Misha.
pada hari perkahwinan mereka tiba-tiba muncul seorang perempuan bernama Sukanya yg mendakwa Raghbir pernah melamarnya di London padahal Raghbir langsung tak kenal atau ingat siapa Sukanya ni.
persoalannya siapa yg bercakap benar, Raghbir atau Sukanya? kemunculan Sukanya yg membuat kecoh menyebabkan perkahwinan Ranbir dan Misha dibatalkan.
Raghbir sangat mencintai Bani dan kematian Bani bagi impak yg besar dalam hidupnya sampai terpaksa bawa diri ke London. Raghbir tak boleh terima orang lain sebagai pengganti Bani, perkahwinan dengan Misha pun dia terpaksa terima sebab desakan keluarga.
Sukanya pula dari keluarga berpengaruh bila dia buat kecoh di majlis perkahwinan Raghbir, automatik wartawan nak tahu apa yg berlaku sebenarnya. Raghbir pula rimas sampai terpaksa larikan diri daripada Sukanya dan wartawan.
Raghbir kemudiannya bertemu dengan pekerja baru bernama Pragati sebab dia dah rimas sangat dengan Sukanya, Raghbir suruh Pragati menyiasat sama ada Sukanya bercakap benar atau tidak.
dalam menyiasat pembohongan Sukanya, Pragati kemudianya mendapati ada benda tak kena dalam kematian Bani dan cuba merungkai misteri tersebut.
Omak aih.. sampai ratus2 episod nya.. jenuh nak melayan..
ReplyDeletebaru sempat tengok 1 episod hari tu..haha
Deleterasanya drama hindi ni tak pernah sikit2 eps dia kan
ReplyDeletesetakat ni tak pernah jumpa lagi yg pendek..haha
Delete