Novel : Cagaran Cinta
Penulis : Siti Khadijah
Helaian : 695
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2018
Cagaran Cinta mengisahkan Hail yg ingin membalas dendam kepada kekasih adiknya iaitu Sufi yg menyebabkan adiknya mengalami tekanan perasaan dan merancang untuk menculik Sufi dan memaksa Sufi untuk melakukan kerja berat di ladang milik Hail tapi sebenarnya hero ni tak sedar yg dia salah orang.
bagi aku, Hail ni memang abang yg baik sebab sanggup nak buat apapun asalkan adiknya, Am bahagia tapi cara dia tu salah, dah la tak siasat betul-betul main pakai naluri sendiri aku pun boleh. nak cakap satu, kadang aku rasa annoying sangat dengan Hail, emo mengalahkan perempuan.
Sufi pula sanggup berkorban lagi satu sebab dia pun rasa bersalah dengan apa yg jadi pada Am. walaupun kena dera dengan Hail dia terima sahaja tapi satu perangai Sufi ni sambil menurut tu dia melawan juga sebab apa yg Hail buat tu memang kadang agak keterlaluan.
aku ada terbaca tentang isu Cagaran Cinta yg dikatakan meniru novel Objection so disebabkan aku baru je baca Objection aku boleh cakap part yg hero nak balas dendam memang sama tapi lepas tu memang nampak kedua buku ni ada hala tuju sendiri kiranya aku enjoy je baca Cagaran Cinta. bagi aku, sedangkan drama thai pun dok recycle storyline yg sama inikan novel melayu yg penting penulis tahu macam mana nak buat karya dia nampak berbeza dengan buku yg lain.
Asalkan jalan penceritaannya tak sama, kira bukanlah meniru.. Ramai juga yang membangkitkan isus persamaan antara kedua novel ini..
ReplyDeleteAla.. typo lak.. #isu
Delete