The Player (2018)


Title : The Player
Episodes : 14
Duration : 65 minutes
Cast : Song Seungheun, Krystal, Lee Siun, Tae Wonseuk, 
Kim Wonhee, Yoo Yebin


at first bila tengok trailer drama The Player teringat drama Seo Inguk, Task Force 38, cite lebih kurang pasal geng scammer tapi dalam The Player bukan calang-calang orang yg mereka menipu kiranya modus operasi mereka melibatkan orang yg berpengaruh dan hasilnya pun lagi lumayan.

The Player mengisahkan satu kumpulan jenayah yg terdiri daripada Kang Hari (swindler), Byungmin (hacker), Jinwoong(fighter) dan Cha Aryung(driver) yg mana mereka terlibat dalam kegiatan penipuan dan mencuri duit. mangsa mereka pula dalam kalangan tokoh politik dan juga ahli perniagaan pendek cakap orang yg terlibat dalam rasuah kiranya duit yg mereka curi ialah duit haram dan mangsa pun tak boleh report jenayah yg mereka lakukan kepada pihak berkuasa.


Prosecutor Jang Ingyu pula seorang pendakwaraya yg komited untuk memerangi kegiatan rasuah masalahnya walaupun dia cuba menangkap pihak terlibat dengan undang-undang yg wujud tapi setiap kes yg dia handle selalunya gagal sebab orang kaya ni ada duit so mereka boleh beli orang ni rasuah orang tu, terlepaslah dari tuduhan.

sampai satu tahap Prosecutor bengang sangat dia minta bantuan Kang Hari walaupun pada mulanya dia tak setuju dengan cara Kang Hari so Hari boleh guna apa cara sekalipun termasuklah ambil duit haram tu dengan syarat semua bukti dan orang yg terlibat akan diserahkan kepada Prosecutor Jang.


drama ni memang best walaupun nampak macam berat sebabnya dia mengenai balas dendam tapi Hari tak nak terlalu ikut emosi dan buat dengan cara fun so that's why tak terasa drama ni berat sebab memang kelakar, dah la perangai masing-masing agak bengong sikit, macam Hari nampak perfect dan mastermind untuk semua plan tapi tak semua benda dia terer, Byungmin pula banyak menceriakan keadaaan dan Jinwoong yg badan sado tapi unexpected suka buat benda yg comel-comel.

lagi satu aku tengok bond antara character ini semua walaupun awalnya mereka agak awkward dengan Aryung (Aryung ni baru join diorang) tapi ada satu episode bila Aryung kena culik diorang gigih selamatkan Aryung time tu bukan je Aryung, aku pun terharu.


bagi aku, drama ni sangat menarik, gandingan pelakon pun memang best. kalau korang nak lari dari drama cinta ataupun suka dengan drama penyiasatan atau scammer, try layan The Player.

Post a Comment

6 Comments

  1. boyfriend lama I la, Song Seungheun huk huk ...

    ReplyDelete
  2. Baca entri ni pun dah rasa menarik utk tonton. Tak lah klise cinta terhalang je kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Best drama nie.. kelakar.. ada aksi..

    ReplyDelete