Novel : Hatiku Untuk Dia
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 1025
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : April 2018
buku ni aku beli yg preloved so at first memang tak perasan ketebalan novel ni. sekali dapat nah ambil kau besar gedabak terus hilang mood nak baca jadinya peram sekejap sebelum baca lagi-lagi memang tak rajin nak baca buku tebal sebenarnya tapi antara sebab aku beli novel ni lebih kepada penulisnya.
Hatiku Untuk Dia mengisahkan Reza seorang drummer untuk band I,Bandel yg turut dianggotai Alfan, kembar Reza sebagai vocalis band tersebut. selepas kematian Alfan, Reza keluar dari dunia glamor dan selesa hidup dalam dunianya sendiri.
selepas 8 tahun, Reza diamanahkan untuk menjaga dua adik tirinya iaitu, Qaira dan Uwais. bagi Reza amanah ini sangat berat tambahan dia tidak pernah ambil peduli tentang mereka tapi terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut. Reza cuba menerima mereka walaupun dia tidak setuju penglibatan Qaira & Uwais sebagai artis.
antara watak dalam novel ni:
Reza - aku tak suka sangat dengan watak Reza at first sebab dia selesa dengan hidupnya dan dunia dia agak tertutup untuk bergaul dengan orang tapi bila baca dari satu bab ke satu bab, aku mula jatuh hati dengan Reza lagi-lagi bila tahu rahsia dan pengorbanan yg Reza lakukan selama ni. yg kesian dengan Reza bila dia selalu pikirkan orang lain dulu walaupun luaran nampak macam hati kering tapi orang lain tak pernah nak cuba paham dia.
Qaira & Uwais - adik kembar Reza yg lain emak. memang rasa diorang ni adorable memula tu, cuba nak rapat dengan Reza (yelah Reza bukan reti nak tunjuk mesra depan orang) tapi bila dah jadi artis makin kuat memberontak dan buat perangai macam nak minta penampar jepun, langsung tak hormat Reza sebagai abang. time ni memang rasa sakit hati dengan perangai budak dua ekor ni.
Elviana - PA Qaira dan Uwais. aku suka watak heroin ni sebab dia sangat matang untuk selesaikan sesuatu problem contohnya kes nak rapatkan hubungan antara Reza dengan Qaira dan Uwais dan Elviana sangat kuat untuk tempuh setiap dugaan.
Kid, One dan Waie - antara member I, Bandel. lepas band tu bubar mereka masih lagi aktif dalam bidang seni dan mereka juga orang yg bertanggungjawab bawa Qaira dan Uwais ke dunia artis. apa yg aku boleh cakap Kid, One dan Waie jenis kawan yg kononnya susah senang nak bersama tapi sembang je kencang, bila keluar cerita negatif pasal keluarga Reza memasing ntah kemana.
Jad - watak yg paling menyakitkan hati dalam buku. bengang juga sebenarnya dengan benda yg dia buat kat Elviana dan Reza lepas tu kesudahannya watak Jad ni macam terlepas macam tu je. kadang nak juga tengok skill taekwando Reza ajar mamat ni, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
walaupun buku ni tebal tapi isi dalamnya sangat padat, banyak isu yg dipetik dalam novel antaranya tentang HIV, SLE (lupus), dunia artis, isu royalti, video gaming composer dan juga mengenai cyberbullying. bila baca kadang tabik spring juga kat penulis sebab banyak isu yg diketengahkan dan ada antaranya menjadi topik yg agak sensitif bagi kita terutama berkaitan HIV/AIDS.
aku rate buku ni 5 bintang sebabnya walaupun tebal tapi tak ada bahagian yg aku rasa bosan oh yaa maybe slow sikit nak start baca, lagi-lagi part awal tu banyak pasal budak baru nak up jadi artis tapi lepas part kahwin tu susah sangat nak letak buku ni sebab konflik dah makin best, semangat nak tahu apa rahsia Reza dan juga tak sabar nak tahu kesudahan cerita.
Ya Ampun Tiaraaa. Tebalnya novel haha. :p Kalau ika tu mahu lambat nak habis baca tu.
ReplyDeleteitu yg kena amik mood dulu sebelum baca..hihi
Deletetelan air liur sha tengok muka surat novel ni🤣 sebaik best
ReplyDeleteiyee..nasib baik best..haha
DeletePergh.. seribu muka surat tu.. jenuh nak habiskan.. tapi isu yang dibawa kan tu menarik..
ReplyDeleteDah lama tak baca novel. Sekali baca, mesti nak baca sampai habis. hehe. Macam menarik je jalan cerita novel ni.
ReplyDeleteTebalnya buku!
ReplyDelete