Movie | The Gangster, The Cop and The Devil (2019)


Title : The Gangster, The Cop and The Devil
Country : South Korea
Director : Lee Won Tae
Release Date : 15 May 2019
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Kim Mu Yeol, Ma Dong Seok, Kang Kyung Ho, Yoo Seung Mok,
Choi Min Chul, Kim Yoon Sung, Kim Seung Hyun, Kim Gyu Ri


The Gangster, The Cop and The Devil mengisahkan polis yg bekerjasama dengan ketua gangster untuk menangkap pembunuh bersiri. permulaan filem sudah terdapat babk pembunuh kejam yg dilakukan oleh pembunuh. polis menghadapi kesukaran untuk menangkap suspek kerana kalau tengok dari cara pembunuh serang orang macam amatur tapi langsung tak meninggalkan sebarang bukti dan cap jari.

Jung Tae Seok cuba mengaitkan kes tersebut sebagai pembunuhan bersiri disebab ada persamaan dengan beberapa kes sebelum ini yg dia siasat. tapi macam biasalah ketua dia tolak teori tersebut sebab tak ada bukti.


pembunuh ni memang serang orang secara random dan dia guna modus operasi yg sama sahaja iaitu  melanggar kereta mangsa dari belakang kemudian mangsa akan keluar dan bila mereka mula ralit, dia akan terus menyerang tanpa rasa belas kasihan. 

memang silap besar bila satu malam pembunuh pi langgar kereta ketua gangster di kawasan tersebut. walaupun Jang Dong Soo cedera parah tapi dia sempat berlawan. pembunuh pula terpaksa melarikan diri sebab dah salah pilih lawan.


Jung Tae Seok yg mendengar ketua ganster kena serang pergi melawat di hospital. dia minta Jang Dong Soo beri keterangan dan jadi saksi untuk kes tersebut sebab Dong Soo satu-satunya mangsa yg survive dalam serangan pembunuh. tapi of course Dong Soo tak mengaku, jatuh maruah dia sebagai ketua gangster.

Jang Dong Soo nak guna cara dia sendiri untuk cari pembunuh. sebenarnya tak susah pun bagi Dong Soo sebab dia dah nampak muka pembunuh so dia arahkan orang untuk buat lakaran muka suspek dan orang-orang dia juga berjaya jejak bukti yg ditinggalkan oleh pembunuh.


walaupun Jang Dong Soo sudah dapat bukti tapi dia perlukan forensik untuk dapatkan maklumat lengkap mengenai pembunuh sebab tu terpaksa juga dia buat tawaran dengan Jung Tae Seok. syaratnya mereka akan berkongsi maklumat tapi bersaing dalam mencari pembunuh.

Jung Tae Seok sebenarnya dah bengang dengan perangai polis yg masih lagi clueless.  Tae Seok mahu segera menangkap pembunuh sebelum ramai lagi yg menjadi korban walaupun terpaksa bekerjasama dengan gangster ini semua.


movie ni nampak klise dan jalan ceritanya pun dah boleh diteka sebab banyak je drama korea yg mana polis bekerjasama dengan penjahat untuk menangkap orang jahat. tapi movie ni masih lagi menarik untuk ditonton kalau korang jenis suka tengok crime action thriller movie. 

Post a Comment

3 Comments