Movie | Hitman: Agent Jun (2020)


Title : Hitman Agent Jun
Country : South Korea
Director : Choi Won Sub
Release Date : 22 January 2020
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Kwon Sang Woo, Jung Joon Ho, Hwang Woo Seul Hye, Lee Yi Kyung,
Lee Ji Won, Heo Sung Tae, Lee Joon Hyuk


Hitman Agent Jun mengisahkan Jun yg merupakan top agent dalam Shield Team iaitu pasukan rahsia yg menjalankan misi penting untuk NIS.  Jun terkorban dalam satu misi penting namun tiada siapa tahu yg dia telah memalsukan kematian sendiri untuk bebas daripada Shield Team dan meneruskan impiannya untuk menjadi kartunis.

Lima belas tahun kemudian, Jun telah menjadi kartunis sepenuh masa. Jun juga telah mendirikan rumah tangga dengan Mina dan mereka mempunyai seorang anak bernama Gayoung.


kehidupan Jun sekarang tak ada apa yg nak dibanggakan sangat, dia selalu kena marah dengan penerbit sebab tak dapat siapkan manga ikut deadline. paling kesian tak ada satu pun karya dia yg popular malah kena kecam dengan peminat. di rumah pula, Jun selalu kena berleter dengan isterinya.

sampai satu tahap dia rasa stress sangat dengan life sekarang so suatu malam tu dia mabuk dan terus lukis kisah hidup dia sebagai agent Jun dalam Shield Team tanpa disedari Jun dah menghantar cerita tersebut kepada penerbit dia.


keesokan paginya, webcartoon tersebut telah diterbitkan dan mendapat sambutan hangat tapi Jun pula yg gelabah dan minta penerbit tarik balik cerita tersebut sebab kejadian yg berlaku dalam webtoon adalah benar dan semua watak tersebut memang wujud. tapi penerbit malas nak layan.

akhirnya, Jun tekad juga untuk teruskan webtoon tersebut bila tengok anak dan isterinya gembira dengan pencapaian dia sekarang. tapi Jun tak tahu banyak masalah yg menantinya di kemudian hari.


NIS memandang serius kes ini dan menangkap Jun. NIS menuduh Jun sengaja membongkar rahsia NIS dan berkomplot dengan musuh mereka. belum selesai masalah yg satu ini, Jun mendapat tahu isterinya telah diculik dengan penjahat yg kembali untuk membalas dendam pada Jun disebabkan perkara lepas.

dalam misi Jun untuk menyelamatkan isterinya, banyak halangan dan rintangan yg dia terpaksa tempuh. berjaya ke tidak kena tengok movie Hitman Agent Jun.


mula-mula tak expect apa pun dengan movie ni, tengok pun sebab ada Kwon Sangwoo tapi tak sangka best juga. perjalanan hidup Jun yg menarik sebab pada awalnya rasa macam cool giler watak dia sebagai ejen NIS tapi bila dia decide untuk berhenti memang nampak loser habis.

yg best  juga sebab movie ni kelakar wei, dalam perjalanan nak menyelamatkan Mina tu, macam hal yg terjadi memang tergelak sajalah sebab banyak scene yg tak expect terjadi. hilang stress kejap tengok movie ni..haha

overall, jalan cerita yg menarik, lakonan mantap dan fighting scene pun mantap. Highly recommend!

Post a comment

7 Comments

  1. memula baca tajuk..ehh teringat movie Hitman dan ingatkan ni Hitman 3 rupanya Hitman Korea. Mcm best gak nak tonton masa RMO ni

    ReplyDelete
  2. Dah tengok memang kelakar habislah.. Tak sangka cerita ini dan komedi yang dihidangkan boleh ngam..

    ReplyDelete
  3. ah~ masuk list jap la.. Aien dah boring sangat tapi melayan cita kat laptop tak best .... berebut.. Haha

    ReplyDelete
  4. eh suka pelakon dia. nanti mau tgk juga

    ReplyDelete
  5. sy pun mula minat citer action-packed korea skrg...

    ReplyDelete
  6. Belum tengok tapi dah rakam dekat Astro. Trying to find the best time to watch it.

    ReplyDelete