Title : Parasite
Country : South Korea
Director : Boon Joon Ho
Writer : Han Jin Won
Release Date : 30 May 2019
Duration : 2 hour 10 minutes
Cast : Choi Woo Shik, Park So Dam, Song Kang Ho, Jang Hye Jin,
Cho Yeo Jung, Lee Sun Kyun, Lee Jung Eun
Memula tengok poster filem ni rasa seram sebab ingatkan cite hantu dengan gambar kaki kat tepi tu, rasanya? aku tertarik nak tengok movie ni selepas Parasite menang filem terbaik di Oscar, filem asia pertama kot yg dapat Oscar sebab tu filem ni wajib tonton.
Parasite mengisahkan sebuah keluarga miskin yg tinggal di basement bangunan dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. mereka survive dengan guna wifi free jiran dan mencari duit dengan mengambil upah melipat kotak pizza.
Suatu hari, kawan Ki Woo yg bernama Min datang melawat dan menghadiah batu sungai kononnya boleh bawa tuah untuk mereka sekeluarga. Min juga beritahu yg dia nak sambung belajar di luar nigara so dia minta tolong Ki Woo untuk gantikan tempatnya sebagai guru tuisyen bahasa inggeris untuk Da Hye yg berasal dari keluarga berada.
permintaan ni agak berat sebab Ki Woo tak ada kelulusan universiti tapi berbekalkan support dari Min dan juga sijil universiti palsu yg diedit oleh adiknya, Ki Woo lulus dalam temuduga dan menjadi tutor untuk Da Hye.
dari hari pertama bekerja lagi, Ki Woo dah boleh berbual mesra dengan Madam Choi. bila Madam mengadu tentang anak bongsunya yg hyper dan tutor yg tak tahan melayan kerenah anak bongsunya, Ki Woo dapat idea untuk rekomenkan adiknya iaitu Ki Jung kepada Madam.
Ki Jung menyamar sebagai Jessica seorang lulusan luar negara dalam bidang art psychology dan art therapy. seperti Ki Woo, Ki Jung juga tak ada masalah nak ambil hati Madam Choi. Ki Woo dan Ki Jung kemudiannya membuat rancangan untuk membawa masuk parent mereka bagi mengantikan tempat pemandu dan seterusnya menyingkirkan pembantu rumah yg telah lama bekerja di rumah tersebut.
tengok movie ni tak sempat rasa bosan sebab pace dia bergerak agak laju, bahagian pertama rasa terhibur juga dengan kelicikan keluarga Ki Woo untuk masuk dalam keluarga kaya ini. tapi kegembiraan mereka tak lama sebab tiba-tiba pembantu rumah lama muncul kembali dan terbongkar satu rahsia tentang rumah tersebut.
bermula dari situlah, satu demi satu kejutan yg berlaku dalam filem ini.
filem ini bagi aku simple je dia nak tunjuk tentang golongan miskin dan kaya yg wujud, aku tertarik dengan satu dialog ni yg cakap orang kaya bukannya baik tapi mereka nampak baik sebab ada duit. macam watak Madam Choi dan suaminya, depan nampak baik, belakang bukan main mengutuk pekerja sendiri dan golongan miskin.
walaupun keluarga Kiwoo ni licik tapi mereka tetap rasa bersalah pada driver dan pembantu rumah sebelum ini tapi ini sajalah peluang yg muncul untuk mereka survive dalam dunia yg penuh dengan persaingan. walaubagaimanapun cara mereka tetap salah.
plot twist filem ni memang sangat wowww, terkejut habis sebab dari awal aku tak sangka yg benda begini berlaku dan sampai ke ending aku masih lagi speechless dengan movie ni.
overall, jalan ceritanya sangat menarik dan semua pelakon juga sangat best dan berjaya bawa watak masing-masing. plot twist daebak 👍
Teringin tengok segera filem ni lah.
ReplyDeletea really good movie!!
ReplyDelete👍
Deletedari first time keluar, sampai menang oscar, dan sampailah sekarang... nak tengok tapi tak jugak tertangok haha
ReplyDeletetime keluar dulu tak rasa nak tengok tapi bila diorang menang oscar curious juga apa yg best dengan movie ni. try la tengok..hehe
Deletetak berjaya lagi nak tengok filem nie.. hehehe..
ReplyDeletetengoklaa kak sha. best tau..hehe
DeleteTengok Parasite sebelum dia menang Oscars. Masa tu pun dah cukup kagum dah dengan plot twist dia. Right now kagum kuasa dua bila baca ulasan dan kritikan orang.
ReplyDelete