Review Drama Korea: Doctors (2016)

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Title : Doctor
Release Date : 20 Jun 2016
Episodes : 20
Genre : Romance, Medical
Cast : Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung, Yoon Kyun Sang, Moon Ji In, Baek Sung Hyun, Kim Min Seok, Kim Ji Soo, Jang Hyun Sung 

SYNOPSIS:
Yoo Hye Jung was a tough bully in school with a prickly personality and always goes wayward. She had many scars from her childhood and through self-preservation, Hye Jung keeps her heart shut away from other people. However, she changes after meeting her mentor Hong Ji Hong who plays a key role in transforming her life from a helpless gangster to a compassionate doctor.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Park Shin Hye sebagai Yoon Hye Jung

Yoon Hye Jung seorang pelajar sekolah yang suka memberontak. Hubungan dengan ayah kandungnya tidak baik dan ibu tirinya pula selalu melayan Hyejung dengan teruk. Akibat tak tahan dengan Hye Jung yang selalu buat masalah, ayahnya menghantar Hye Jung tinggal dengan neneknya.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Kim Rae Won sebagai Hong Ji Hong

Hong Ji Hong seorang pelajar perubatan tapi berhenti kejap dan bekerja sebagai guru. Walaupun Hye Jung tak hormat dia tapi Ji Hong berjaya mengubah Hyejung fokus pada pelajaran. Hubungan mereka juga semakin rapat.

Review Drama Korea: Doctors (2016)
Lee Sung Kyung sebagai Jin Seo Woo

Jin Seo Woo pula seorang pelajar cemerlang dan menyimpan perasaan pada Teacher Hong. Seo Woo jadi rapat dengan Hye Jung kerana satu insiden tapi bila tengok Hye Jung dan Ji Hong rapat mulalah dia cemburu. dia makin sakit hati dengan Hye Jung bila suatu hari dapat markah tertinggi dalam ujian padahal Hye Jung sebelum ini tak pernah fokus belajar.

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Kerana perasaan cemburunya, Seowoo menyebar fitnah kononnya Teacher Hong berkelakuan tidak senonoh dengan Hyejung. Akibat skandal tersebut, Teacher Hong mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran di luar negara. Hyejung pula dibuang sekolah. 

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Selepas 13 tahun, Hyejung berjaya menjadi seorang doktor dan bekerja di hospital yang sama dengan Seowoo. Seo Woo macam biasalah memang tak puas hati dengan Hye Jung.

Pada masa yang sama juga, Jihong kembali ke Korea dan bekerja di hospital tersebut. terjadi pertemuan semula antara Ji Hong dan Hye Jung.

Review Drama Korea: Doctors (2016)

Dalam drama ni ramai sangat pelakon lelaki dan ramai juga yang minat hyejung macam Dr Jung, Jisoo, Boss gang..oh please~ watak seowoo pula bad girl yg sangat sangat annoying. NO second lead syndrome dalam drama ni sebab aku memang suka Kim Rae Won dan dia alasan utama untuk aku tengok drama ni.

No comments:

Post a Comment