Missing Nine


Mengisahkan sekumpulan artis dan staff dari Legend Entertainment menaiki private plane untuk ke konsert. Dalam perjalanan pesawat yg mereka naiki terhempas, 9 orang terselamat tetapi terdampar di sebuah pulau terpencil. Empat bulan kemudian, Ra Bong Hee pulang ke korea dan menjadi satu-satunya saksi kejadian tersebut.


Kes pesawat terhempas ni jadi berita tersebut sebab ramai dalam pesawat itu terdiri daripada artis terkenal dan apabila Ra Bonghee pulang ke Korea ramai pihak mendesak untuk tahu kisah sebenar. Bonghee berada di bawah pengawasan pasukan khas yg menyiasat kes tersebut dan misteri kes tersebut sukar untuk diselesaikan bila mereka tahu Bonghee hilang ingatan dan tidak ingat langsung masa yg dihabiskan dia di pulau itu.


susah nak teka siapa yg jahat dan baik dalam drama ni sebab masing-masing yg cuba dekat dengan Bonghee ada motif sendiri. Pasukan khas mendesak Bonghee untuk ingat semula dan Bonghee berjanji untuk dapatkan balik ingatan dia jika itu boleh membantu untuk selamatkan mangsa yg lain. semua scene di pulau dalam drama ni merupakan flashback memori Bonghee.


Pada masa yg sama kepulangan Bonghee, seorang mangsa Yoon Sohee ditemui mati, punca kematiannya adalah dibunuh. Abang Sohee, seorang Prosecutor cuba meyiasat kematian adiknya. Memandangkan Ra Bonghee hilang ingatan, kisah tentang kehidupan mereka di pulau masih menjadi misteri, siapa pembunuh Sohee dan adakah Bonghee beritahu hal sebenar?


Dalam keadaan terdesak macam hal boleh terjadi sampai kawan sendiri pun sanggup belot sebab terlalu selfish. Drama ini memang misteri sangat,  kena tengok setiap episode untuk tahu hal sebenar dan kena sabar tunggu setiap episode untuk tahu selain Bonghee siapa lagi yg akan muncul dan terselamat dari pulau tu. 

Mood Layan Lakorn


Lepas habis drama Goblin terus takde mood nak layan drama korea. kuat betul penangan pacik Goblin ni sampai aku still tak boleh nak move on. so bila hilang mood nak layan drama korea aku mencari la asian drama lain yg best kebetulan lepas habis tengok Kon La Kop Fah tu terus bersemangat nak tengok lakorn.

lakorn yg aku jumpa banyak pasal mafia, pasal kawin-kawin dalam hati kerja dok mengomen hmmm drama siam pun tak banyak beza dengan drama melayu but at least better sikit la daripada sinetron kat tv tu..kuikuikui

sekarang ni tak tahu berapa lakorn yg aku layan sebab ada yg first episode terus give up atas beberapa sebab yg tak berkenan di hati, ada drama tu baca synopsis macam best tapi cite slow sampai tu sambil tengok sambil mengutuk last-last rasa penat sebab terlebih emo..hahaha

kalau tak suka memang tak rajin la nak update kat blog melainkan aku tengah ada mood nak mengumpat pasal drama tu ✌

Review Lakorn: Kon La Kop Fah (2016)

Review Lakorn: Kon La Kop Fah (2016)

Title : Kon La Kop Fah
English Title : Different Lines of Horizon
Release Date : 6 Dec 2016
Episodes : 13
Cast : Great Warintorn, Chippy Sirin, Yong Armchair, Mint Nutwara


Mengisahkan Chanika segera pulang dari Amerika apabila mengetahui ayahnya terlantar sakit di hospital. Apabila pulang dia mendapat tahu syarikat ayahnya telah muflis dan Chanika perlu mencari duit untuk rawatan ayahnya. Kawan baiknya, San cuba membantu Chanika dengan mendapat kerja daripada sepupunya Chinapat dan San turut merayu untuk memberi gaji yg besar untuk membolehkan Chanika menanggung kos rawatan ayahnya.

Chinapat adalah pemilik ladang getah, sikapnya yg panas baran membuat Chanika selalu bergaduh dengan majikannya ditambah pula pelbagai gosip buruk mengenai lelaki itu membuat Chanika selalu berwaspada dengan Chanipat.

Untuk mengelak perkhawinan yg bakal diatur ibunya dengan anak kawan baik ibunya, Chanipat membuat tawaran kepada Chanika untuk menjadi isterinya dan dia juga bersetuju untuk membayar sejumlah wang yg besar.

Review Lakorn: Kon La Kop Fah (2016)

aku cari la sipnosis dia tapi tak jumpa langsung so try je la tengok tanpa tahu drama ni pasal apa. Nasib baik best dan aku suka hero dan heroin drama ni, itu yg penting sebab kalau tengok drama bila rasa menyampah dengan watak utama terus rasa malas nak tengok..hahaha. Heroin drama ni, aku tak tahu samada mekap mata atau style rambut dia tapi dia nampak macam Sandara Park sikit.

Chanipat-Siri-Pantong

banyak konflik dalam drama ni. Alkisahnya Chanipat dan Pantong ni best friend dari kecil, kemudiannya Pantong jatuh cinta dengan Siri dan mereka decide untuk kahwin. Suatu hari, Siri bunuh diri dan dia tinggal surat yg tulis dia bunuh diri sebab malu dengan perbuatan Chanipat padanya sehingga menyebabkan Siri pregnat. Disebabkan surat tersebut hubungan mereka berdua terus bertukar menjadi musuh.

Apabila Pantong berkenalan dengan Chanika dan tahu gadis itu bekerja dengan Chanipat dia beri amaran tentang perangai sebenar Chanipat dan pada masa yg Pantong juga telah jatuh hati pada Chanika dan dia tidak mahu sejarah yg sama berulang pada Chanika. So persoalannya apa yg jadi antara Siri dan Chanipat dan betul ke Chanipat buat benda tak senonoh tu.

Chanika-San

Chanika dan San kawan baik dan juga teman serumah di Amerika tapi apabila lelaki yg San suka dalam diam iaitu Pat menjadi kekasih Chanika, San mula menyimpan dendam pada Chanika. Apabila Chanika pulang ke Thailand, kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk mengeruhkan hubungan antara Chanika dan Pat sehingga mereka putus seterusnya menggoda Pat.

Jenis kawan makan kawan memang annoying tapi bila si San ni sakit hati dengan Chanika sebab laki macam Pat aku macam seriusly kau sakit hati dengan member kau sebab laki yg rupa tak seberapa ni??? kalau muka kalah hero aku paham juga why diorang suka laki yg sama. 

Review Lakorn: Kon La Kop Fah (2016)

kesimpulannya drama ini nak bagitau yg orang nampak baik tak semestinya baik dan orang yg nampak jahat tak semestinya jahat. So kalau rasa dah lama tak layan lakorn try la tengok citer ni lagipun drama ini masih baru dan baru habis tayang awal tahun ni.

Koi Dance Trending di Jepun


Koi Song (Love Song) adalah lagu tema untuk drama We Married as a Job yg dinyanyikan oleh pelakon utamanya, Gen Hashino. Ending setiap episode mesti ada video dance ni yg diorang panggil Koi Dance. Bila dah selalu tengok rasa best pula layan lagu ni dan tarian dia memang comel dan simple tapi tak tahu pula Koi Dance ni tengah famous di Jepun.

banyak juga video dance cover lagu ni di youtube, yg paling aku suka tengok dance cover yg Block B buat. comel!. sesiapa yg tengah free tu meh layan koi dance ni, step dia pun simple je tapi jenuh nak follow..hehe

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Title : Nigeru wa Haji da ga Yaku ni Tatsu
English Title : The Full-Time Wife Escapist/ We Married As a Job
Release Date : 11 Oct 2016
Episodes : 11
Genre : Comedy, Romance, Life
Cast : Aragaki Yui, Hoshino Gen, Ishida Yuriko, Otani Ryohei, Furuta Arata, Fujii Takashi

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Mengisahkan Mikuri Moriyama, 25 tahun, lepasan universiti yang masih struggle mencari pekerjaan yang sesuai. Suatu hari, Mikuri bekerja sebagai pembantu rumah kepada Tsuzaki Hiramasa, seorang bujang yang berusia 36 tahun. 

Tsuzaki sangat mementingkan kebersihan dan selalu sibuk dengan urusan kerjanya kemudian membuat keputusan untuk terus mengupah Mikuri apabila sangat berpuas hati dengan hasil kerja gadis tersebut.

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Mikuri dalam dilema juga sebab tak tahu masa depannya bagaimana sebab ayahnya dah buat keputusan untuk berpindah ke Tateyama selepas bersara. so kalau tak dapat job juga, terpaksa Mikuri mengikut ibu bapanya kesana.

Dengan berat hati, Mizuki memberitahu Tsuzaki yg dia akan berhenti kerja di rumah Tsuzaki. Ketika bersembang, secara spontan dia membuat cadangan gila mengajak Tsuzaki berkahwin. Alasannya dia memerlu kerja dan Tsuzaki pula memerlukan pembantu rumah. 

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

Selepas berpikir panjang Tsuzaki bersetuju dengan cadangan Mizuki dan membuat beberapa syarat termasuk bayaran yg akan diterima oleh Mizuki sebagai pembantu rumah sepenuh masa. Walaupun pada keluarga dan orang luar mereka telah berkahwin tapi hakikatnya hubungan mereka tidak lebih daripada majikan dan pekerja.

Review Drama Jepun: The Full-Time Wife Escapist (2016)

drama ni tentang kahwin kontrak juga dan masing-masing kepentingan tersendiri menyebabkan mereka bersetuju untuk berkahwin. Overall jalan ceritanya sangat santai dan menghiburkan. chemistry yang mantap antara watak utama dan dia punya lagu tema memang best dan sedap didengar.