Title : Chani Phi Lak/ Chanee Pee Plak
Release Date : 9 January 2017
Episodes : 24
Cast : Peak Pattarasaya, Beam Kawee, Penpak Sirikul, Jib Pokchat, Sitang Punpop, Vivid Bavornkiratikajorn, Attharut Kongrasri
SINOPSIS:
Ja is a saleswoman at a big company. Luck is on her side, she made quite a lot of profit this year and might earn a high position in the company. But right at this moment, a rival at work appears, Cho. If it wasn't enough to have to compete with him out of nowhere, he just rented a room at her house. Will love still blossom between them? Better not, Cho is cursed by a ghost who kills all his girlfriends.
Drama ni pendek je lebih kurang 30 minit untuk setiap episod mengisahkan Ja (Peak) bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat yg besar dan berjaya mendapat keuntungan besar sehingga tercalon untuk dapat title Big Bang dalam syarikat dia. tapi tiba-tiba muncul pesaing dia bernama Cho (Beam) menyebabkan Ja menganggap Jo sebagai musuh utamanya.
Bukan sahaja terpaksa menghadap Cho di tempat kerja tup-tup Cho menyewa bilik di rumahnya. Pelbagai peristiwa pelik dan mistik yang berlaku kepada Ja sejak Cho berpindah ke situ. Siapa Cho sebenarnya?
Nak dijadikan cerita ada hantu perempuan yang dah lama follow Cho tanpa dia sedar. bila ada perempuan dekat dengan Cho terus kena bunuh dengan hantu ni.
seriuslah hantu bunuh orang??? yup memang itu yang terjadi dalam drama ni. nasiblah kau hantu wei kalau tidak terpaksa la mereput dalam penjara. so nak tahu kenapa hantu ni psiko sangat kena la tengok drama ni.
kesian juga dengan Ja sebab hantu ni selalu kacau dan masuk dalam badan dia sampai dia pun confius sama ada dia mimpi atau berjalan dalam tidur. serba salah jadinya sebab nak cerita masalah dia takut orang gelak pula tapi last sekali kawan dia percaya juga dan baru la mereka cari tok bomoh untuk halau hantu ni.
drama ni tak seram sangat mula-mula tu sebab banyak scene yang kelakar dan juga scene Ja dan Cjo yang tak habis bergaduh dan bersaing sesama sendiri. makin lama dia dah tak berapa kelakar, dah rasa seram pula plus aku tengok drama ni tengah malam lagi la rasa seram.
babak romantik antara Cho dan Ja agak kurang sebab banyak fokus pada part seram tu. jujur cakap aku lagi suka kalau lebih banyak scene antara mereka dua daripada part hantu yg psiko ni. overall nice story.