Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Novel : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 855
Penerbit : Suara Hati Publication
Terbitan : Mei 2018

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia by Suri Ryana

Review Novel | Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Selepas kejadian kebakaran, Tuan Faleeq menghidap agoraphobia dan aktiviti dia selaku CEO syarikat agak terjejas sebab dia akan diserang panik bila berada di luar comfort zone dia jadi dia lebih selesa berkurung dan sibukkan diri dengan kerja. yg anehnya bila dengan Thalia a.k.a penyelamatnya, Tuan Faleeq ada menunjukkan perubahan positif dan keluarga Tuan Faleeq mahu menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh sepenuhnya.

untuk 400 muka surat pertama, point dia nak cite benda ni je tapi aku tak tahu apa benda yg dia melalut, perghh meleret dan payah benar nak habiskan separuh dari novel ni. fuhhhh~ lepas Tuan Faleeq dan Thalia kahwin baru rasa cite dia macam best sikit, baru nampak konflik best sikit, baru nampak Tuan Faleeq ada effort sikit nak lawan phobia dia.

ada watak antagonis yg dibawa masuk dalam novel tapi bagi aku macam tak berapa menjadi sangat. contohnya watak Hanee yg suka giler pada Tuan Faleeq, watak dia seriusly sangat annoying tapi itulah macam tak bersungguh. bila kerja jahat yg Hanee buat kantoi, dia ada cakap nak balas dendam so aku tunggu juga apa lagi yg minah ni nak buat tapi sampai kesudah watak dia hilang macam tu je. ok maybe aku yg trigger lebih bila dia cakap nak balas dendam!

yg hero memula beku dan kerek sangat tetiba bertukar romantik maybe banyak makan gula kot lepas kahwin tertiba terlebih ayat manis yg keluar. oh please la wei, orang lain maybe rasa sweet kot tapi aku dah malas nak feeling baca novel ni..haha

so kesimpulannya, aku beli novel ni sebab tertarik dengan cover dan sipnosis dia tapi isi dalam novel ni tak begitu memuaskan hati aku.

Review Drama China: Moonshine and Valentine (2018)

Review Chinese Drama: Moonshine and Valentine (2018)

Title : Moonshine & Valentine
Another Title : The Love Knot: His Excellency's First Love
Release Date : 9 May 2018
Episodes : 25
Duration : 40 minutes
Cast : Huang Jonny, Victoria, Li Shen, Leo Li, Liu Yongxi

Review Chinese Drama: Moonshine and Valentine (2018)

SINOPSIS
Guan Pi Pi is an amateur reporter. In spite of being beautiful and kind, she often finds herself alone in the world. Because of that, Guan Pi Pi feels abandoned and hopeless. What she doesn’t realize is that she has been marked with an ancient curse that has been the cause of all of the misfortune in her life.

He Lan Jing Ting is the Jade Master, a secretive cultural relic specialistwhose face remains unseen to the public eye. He Lan Jing Ting is practically alien to people, but no one knows just how true that statement is--The Jade Master is actually a deity from another realm.

When He Lan Jing Ting meets Guan Pi Pi, he becomes convinced that he can make her believe in love again. But for a man who lives his life in solitude, it might be tough to save a woman suffering from a supernatural, millennia-old curse.

Review Chinese Drama: Moonshine and Valentine (2018)

Moonshine & Valentine drama fantasi romantik mengenai makhluk asing dari fox clan behijrah ke bumi. Helan dari fox clan dilahirkan buta kemudian berkahwin dengan Huiyan. atas pengorbanan yg dilakukan Huiyan, Helan dapat melihat semula itupun cuma pada waktu malam sahaja. 

kerana cinta pada Huiyan, Helan berjanji akan setia dan mencari Huiyan pada kehidupan seterusnya. in modern life Huiyan dilahirkan semula sebagai Guan Pipi dan bukan senang untuk Helan dapatkan balik cinta dia since Pipi dah ada boyfriend dan dia manalah nak ingat benda yg jadi pada kehidupan sebelum ni. so banyak juga cabaran Helan untuk dapatkan balik cinta Huiyan or Guan Pipi.

Review Chinese Drama: Moonshine and Valentine (2018)

daripada kisah watak utama, aku lagi terhibur dengan kisah orang kanan Helan dan kawan baik Pipi. Xiuxian dan Kuanyong sangat rapat dan pergi mana-mana pun selalu bersama dan mereka jadi rapat dengan Xiaoju walaupun Xiaoju tahu yg mereka alien tapi dia tak kisah pun. hubungan mereka bertiga memang baik tapi dalam diam Xiaxian suka pada Xiaoju dan Xiaoju pula suka pada Kuanyong.

aku berjaya habiskan drama ni sebab mereka bertiga sebabnya aku tak berapa suka dengan lakonan Victoria, acting dia tak teruk sangat tapi muka dia mehh, bosan. episode awal-awal memang best tapi ending dia tak best, agak sakit hati juga la.

Review Drama Korea | My Mister (2018)


Title : My Mister / My Ahjusshi
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Lee Sunkyun, IU, Jang Kiyong, Lee Jiah, Kim Youngmin,
Park Hosan, Song Saebyeok

SIPNOSIS

A man in his 40's withstands the weight of life. A woman in her 20's goes through difficult experiences, but also withstands the weight of her life. The man and woman get together to help each other.


dari awal aku tak pasti untuk tengok drama ni atau tak, tengok poster dah rasa macam terlalu berat dan complicated tapi barisan pelakon dia memang aku suka. last drama aku tengok Lee Sunkyung berlakon, Miss Korea (2014) dan IU pula Scarlet Heart (2016).


My Mister mengisahkan Park Donghoon yg bekerja sebagai manager building safety inpection. Perkahwinan Park Donghoon dengan isterinya, Yoonhee tak berapa mesra dan yg sadis juga bila dia tak tahu isteri dia curang dengan CEO syarikat dia bekerja. CEO tu pula junior Donghoon zaman kolej dulu.

Donghoon selalu lepak dengan abang dan adik dia lepas kerja. dalam family boleh kira dia yg berjaya manakala abang dan adik dia pula menganggur, umur dah nak masuk 50 tahun tapi tak ada kerja tetap bukan benda yg boleh dibanggakan sangat. 


Lee Jian juga bekerja satu syarikat dengan Donghoon tapi dia ni memang jenis tak mesra langsung dengan orang. life dia memang struggle giler dan nenek dia pula sakit, bila tengok life Jian memang kesian sangat. walaupun kerja di syarikat tapi dia masih lagi buat kerja part time yg lain sampai tertanya juga banyak sangat ke hutang yg Jian nak kena bayar.


drama ni lebih kurang another version drama Misaeng. politik kerja di syarikat ni memang kuat dan lagi satu hal segala tingkah laku pekerja akan sentiasa dipantau melalui CCTV tu belum cite kaki mengampu wah stress kot kalau kerja company macam ni. syarikat ni pula ada dua puak dan disebabkan lantikan CEO company ni pakai sistem demokrasi melalui undian directors jadi sangat penting cari orang yg boleh dipercayai untuk dapatkan undi.

konfliknya bila Donghoon kena siasat terima rasuah tapi sasaran sebenarnya orang lain sebab tukang hantar tu confius nama Donghoon dengan director tu lebih kurang sama. orang atasan nak buang dia pun tak boleh juga tak ada bukti sebab duit tu hilang. Donghoon syak Jian yg curi duit tu tapi dia tak ada peluang langsung untuk bela diri ataupun tanya Jian.

yg peliknya mereka jumpa sampul tu dalam tong sampah, lepas kes ni semua orang sangat kagum dan respek dengan Donghoon like seriusly kau buang 50 million dalam tong sampah. Donghoon rasa bersalah juga tuduh Jian sebab dia ingat Jian dah tolong dia buang duit tu dalam tong sampah.


yg Park Donghoon tak tahu, memang Jian yg curi duit tu untuk selesaikan hutang dia. kalau ceti hutang lain dah bertepuk tangan tak payah lagi minta hutang tapi ceti hutang Kwang-II ni nak report polis, nasiblah Jian cerdik sikit dan dia curi balik duit tu last sekali duit tu end up kat tong sampah.

hubungan antara Kwang-II dan Jian memang complicated, nak kata suka tu macam tak tapi lebih kepada musuh ketat. walaupun Jian nak langsaikan hutang, Kwang-II memang panas hati tak nak Jian lari dari dia. ada scene yg dia belasah IU perghhh memang terkejut sangat since aku suka dia dalam drama Come and Hug Me, terus hilang image Namoo yg protective.


walaupun Donghoon bukan sasaran dan pangkat dia cuma manager sahaja, CEO Joonyoung tak puas hati dan nak buang dia dari syarikat. tambahan pula  lepas kes rasuah, chairman pun dah suka dengan sikap Donghoon kemungkinan besar nak naikkan pangkat Donghoon. CEO ni buat plan nak jatuhkan Donghoon dan upah Jian. so apa plan Jian?


drama ni agak serius, bukan drama untuk bergelak ketawa sangat tapi the funny part bila scene abang dan adik Donghoon. watak pacik Kaist ni tak jauh beza dalam drama Prison Playbook still childish i be like pacik ni keluar penjara, perangai still tak berubah, part dia sembunyi duit memang lawak tapi semua taktik pacik ni mak dia boleh baca. walaupun awal watak mereka nampak someone yg failure tapi abang dan adik Donghoon ada effort untuk berubah walaupun kerja cleaner.


drama ni memang complicated dan cite dia bukan tumpu pada Jian dan Donghoon sahaja tapi watak lain juga yg mana masing-masing ada kisah dan masalah sendiri. kadang memang rasa drama ni slow juga walaupun tengok dengan speed yg agak laju tapi benda yg aku suka dalam drama ni selain plot ialah skrip dia, memang mantap dan deep.

Hello Monster


Title : Hello Monster / I Remember You
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Seo Inguk, Jang Nara, Park Bogum, Lee Chunhee

SIPNOSIS:

Genius profiler Lee Hyun, returns home to Korea after something from a case he’s been sent triggers a memory he thought he’d lost forever. Unbeknownst to him, one of his team members, Detective Cha Ji-an, has been investigating him for some time. She is aware that his father was murdered and his brother disappeared under mysterious circumstances involving a criminal named Lee Joon Young - whom they both want found and incarcerated.Each seeks to unravel the other, unaware that they’ve been drawn into a dangerous game of cat and mouse by a master player and that both truth and evil are closer and far more twisted than they think.


Hello Monster bukan drama korea yg terbaru, ni drama tahun 2015. drama ni ada dalam list aku tapi lepas tu terlupa nak tengok tetiba baru nak tengok.


Lee Hyun adalah lecturer dalam criminal psychology dan bekerja di luar negara. Lee Hyun balik ke korea bila dia dapat clue untuk satu kes bunuh bersiri dan antara sebab lain nak cari adik dia, Min yg hilang waktu kecil. secara tak langsung dia juga membantu pihak polis untuk selesaikan beberapa kes.

bagi aku drama ni memang best, first episode sangat menarik bila Lee Hyun tetiba muncul di tempat jenayah siap bagi hypothesis dia pastu hilang. antara part yg aku bila Lee Hyun cite pasal background dia dari kecil sampai la kenapa dia balik semula ke korea.


flashback ke zaman kanak-kanak, Lee Hyun ni anak yg genius, bapa dia pula polis dan banyak interview banduan. aku rasa bapa dia terlalu obsess dengan penjenayah yg psiko sampai dia rasa anak dia monster. sebab takut, bapa dia decide untuk kurung Lee Hyun dari dunia luar.

bad thing happened bila banduan bernama Lee Joonyoung (D.O) larikan diri dari penjara dan bunuh bapa dia. paling tragis bila adik dia, Min pun hilang malam tu dan kes bapa dia pun tak selesai sebab pihak polis tak dapat tangkap Lee Joonyoung.


Cha Jian pula detektif dan dia tahu banyak benda mengenai Lee Hyun, dipendekkan cerita Jian ni stalker Lee Hyun dari kecil tapi Lee Hyun tak pernah perasan atau sedar kewujudan Jian. kalau scene diorang memang aku rasa comel sangat sebab Lee Hyun ni tak layan langsung Jian siap suruh berambus lagi dan Jian pula memang panas hati kena layan macam tu. 

ramai juga yg tak tahu yg Jian menyiasat pasal Lee Joonyoung, menarik juga untuk tahu apa connection antara Jian dengan Lee Joonyoung dan Lee Hyun.


sorry, ni maybe spoiler.

Park Bogum pula pegang watak sebagai peguam bernama Jung Sunho. tapi dari awal lagi aku dah boleh teka Min tu Park Bogum since dah tahu yg Bogum jadi psychopath killer dalam drama ni. bagi aku, bapa dorang terlalu fokus pada Hyun sampai tak perasaan anak dia yg tak normal ialah Min. 

aku rasa macam scary bila tengok drama ni bila kita tak sedar wujud monster di kalangan kita, someone yg nampak normal tapi sebenarnya sangat berbahaya macam Min dan Lee Joonyoung. jenayah yg Min lakukan sangat perfect, langsung takde bukti dan polis pun tak sedar penglibatan Min dalam kes jenayah yg mereka handle. walaupun tak tunjuk macam mana Min membunuh tapi kita tahu mamat ni pembunuh.


mastermind dari awal semua benda ni ialah Lee Joonyoung. ni pun seorang lagi sangat cerdik sampai pihak polis tak dapat tangkap dia, lepas bunuh bapa Lee Hyun guna identiti baru sampai Lee Hyun sendiri tak sedar yg Lee Joonyoung ada dekat dengan dia.


drama ni menarik, tak ada la terlalu thriller yg berat sangat sebab balance dengan romantik dan komedi. yg aku tak puas hati ending dia, boleh kata happy ending tapi aku tak berapa suka macam tak ada hukuman untuk penjenayah sebenar.

Review Novel | Hello It's Me by Anna Lee


Novel : Hello it's me
Penulis : Anna Lee
Muka Surat : 319
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2016

REVIEW

Hello It's Me mengisahkan Tiya seorang novelis yg mempunyai prinsipnya sendiri, selesa dengan kerjaya itu sebabnya dia tidak perlu berjumpa dengan orang ramai kerana Tiya mempunyai agoraphobia. tetapi hidupnya tidak kekal aman lagi bila dia tertukar phone dengan Duta. sengaja atau kebetulan?


lebih haru lagi bila dia tanpa sengaja mencipta masalah dan terperangkap dengan masalah Duta. nak tukar balik telefon pun masalah juga bila Duta dah pergi Holland jadi mereka banyak berhubung melalui mesej dan call untuk selesaikan masalah ni semua.

walaupun tak pernah berjumpa dan main mesej je tapi citer dia kelakar dan sweet sangat. baca part ni memang asyik tersengih dan gelak je. plus dengan perangai Duta yg sengal ikut suka hati dia  buat telefon Tiya macam harta dia dan sesedap hati main hack instagram orang.

turning point novel ni bila Tiya melawan rasa fobia pergi jumpa Duta di Holland untuk ambil phone dia. time ni memang rasa ada benda tak kena dengan Duta tetiba dari sengal dah jadi misteri pula. dan daripada romantik komedi bertukar ke thriller action pula cite dia, saspen sangat dan tertanya apa rahsia yg cuba disembunyikan oleh Duta.

kesimpulannya aku suka jalan citer dia, suka watak Duta, suka prinsip Tiya dan pandangan dia tentang lambakan novel yg ada di pasaran sekarang. lastly, suka ending dia.

Review Novel | Dua (Two Soul Will Unite) by Ema Deesyiaqis


my first impression dengan buku Dua ni, cover yg cantik dan sipnosis yg menarik. bila tengok buku ni asyik lalu lalang kat timeline siapa yg tergoda finally dapat juga baca buku ni. disebabkan buku ni juga aku pi usha novel keluaran Prolog Media yg lain dan terus rasa nak grab semua buku mereka. hihi 🙈


Novel : Dua (Two Soul Will Unite)
Penulis : Ema Deesyiaqis
Muka Surat : 325
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Oktober 2017

REVIEW

Dua mengisahkan Noura, pelajar astronomi yg boleh mengembara ke tempat lain yg tak pernah dia pergi melalui mimpi. susah nak percaya benda yg dilalui Noura ini mimpi atau sebaliknya tapi setiap kali benda ni terjadi mesti dia akan pergi ke tempat sama dan berjumpa orang yg sama iaitu Vesa.

yg peliknya lagi, stokin dan jaket yg dipinjam Vesa berada kemas pada diri Noura bila dia terjaga dari mimpi itu. kes ni memang susah nak paham, antara mimpi dan realiti mungkin batu two soul adalah kunci kepada pertemuan Noura dan Vesa.

kisah bertambah menarik bila Vesa sendiri yg masuk ke dalam fasa mimpi itu dan makin best bila mereka akan bertemu bukan antara dua dunia berlainan lagi tapi dalam dunia nyata. terbongkar juga rahsia di sebalik batu two soul.

penulis ada jelaskan kejadian yg berlaku pada Noura dengan sains tapi kalau dah masuk bab fizik sorilah memang tak paham. hihi.  kisah pertemuan antara dua dunia (mimpi dan realiti) dari dua benua sangat unik dan kreatif, aku suka sebab penulis tak letak limit dalam penulisan dia untuk berimaginasi. for me, berbaloi dapat beli dan baca Dua 😊