Review Drama Korea | My Mister (2018)


Title : My Mister / My Ahjusshi
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Lee Sunkyun, IU, Jang Kiyong, Lee Jiah, Kim Youngmin,
Park Hosan, Song Saebyeok

SIPNOSIS

A man in his 40's withstands the weight of life. A woman in her 20's goes through difficult experiences, but also withstands the weight of her life. The man and woman get together to help each other.


dari awal aku tak pasti untuk tengok drama ni atau tak, tengok poster dah rasa macam terlalu berat dan complicated tapi barisan pelakon dia memang aku suka. last drama aku tengok Lee Sunkyung berlakon, Miss Korea (2014) dan IU pula Scarlet Heart (2016).


My Mister mengisahkan Park Donghoon yg bekerja sebagai manager building safety inpection. Perkahwinan Park Donghoon dengan isterinya, Yoonhee tak berapa mesra dan yg sadis juga bila dia tak tahu isteri dia curang dengan CEO syarikat dia bekerja. CEO tu pula junior Donghoon zaman kolej dulu.

Donghoon selalu lepak dengan abang dan adik dia lepas kerja. dalam family boleh kira dia yg berjaya manakala abang dan adik dia pula menganggur, umur dah nak masuk 50 tahun tapi tak ada kerja tetap bukan benda yg boleh dibanggakan sangat. 


Lee Jian juga bekerja satu syarikat dengan Donghoon tapi dia ni memang jenis tak mesra langsung dengan orang. life dia memang struggle giler dan nenek dia pula sakit, bila tengok life Jian memang kesian sangat. walaupun kerja di syarikat tapi dia masih lagi buat kerja part time yg lain sampai tertanya juga banyak sangat ke hutang yg Jian nak kena bayar.


drama ni lebih kurang another version drama Misaeng. politik kerja di syarikat ni memang kuat dan lagi satu hal segala tingkah laku pekerja akan sentiasa dipantau melalui CCTV tu belum cite kaki mengampu wah stress kot kalau kerja company macam ni. syarikat ni pula ada dua puak dan disebabkan lantikan CEO company ni pakai sistem demokrasi melalui undian directors jadi sangat penting cari orang yg boleh dipercayai untuk dapatkan undi.

konfliknya bila Donghoon kena siasat terima rasuah tapi sasaran sebenarnya orang lain sebab tukang hantar tu confius nama Donghoon dengan director tu lebih kurang sama. orang atasan nak buang dia pun tak boleh juga tak ada bukti sebab duit tu hilang. Donghoon syak Jian yg curi duit tu tapi dia tak ada peluang langsung untuk bela diri ataupun tanya Jian.

yg peliknya mereka jumpa sampul tu dalam tong sampah, lepas kes ni semua orang sangat kagum dan respek dengan Donghoon like seriusly kau buang 50 million dalam tong sampah. Donghoon rasa bersalah juga tuduh Jian sebab dia ingat Jian dah tolong dia buang duit tu dalam tong sampah.


yg Park Donghoon tak tahu, memang Jian yg curi duit tu untuk selesaikan hutang dia. kalau ceti hutang lain dah bertepuk tangan tak payah lagi minta hutang tapi ceti hutang Kwang-II ni nak report polis, nasiblah Jian cerdik sikit dan dia curi balik duit tu last sekali duit tu end up kat tong sampah.

hubungan antara Kwang-II dan Jian memang complicated, nak kata suka tu macam tak tapi lebih kepada musuh ketat. walaupun Jian nak langsaikan hutang, Kwang-II memang panas hati tak nak Jian lari dari dia. ada scene yg dia belasah IU perghhh memang terkejut sangat since aku suka dia dalam drama Come and Hug Me, terus hilang image Namoo yg protective.


walaupun Donghoon bukan sasaran dan pangkat dia cuma manager sahaja, CEO Joonyoung tak puas hati dan nak buang dia dari syarikat. tambahan pula  lepas kes rasuah, chairman pun dah suka dengan sikap Donghoon kemungkinan besar nak naikkan pangkat Donghoon. CEO ni buat plan nak jatuhkan Donghoon dan upah Jian. so apa plan Jian?


drama ni agak serius, bukan drama untuk bergelak ketawa sangat tapi the funny part bila scene abang dan adik Donghoon. watak pacik Kaist ni tak jauh beza dalam drama Prison Playbook still childish i be like pacik ni keluar penjara, perangai still tak berubah, part dia sembunyi duit memang lawak tapi semua taktik pacik ni mak dia boleh baca. walaupun awal watak mereka nampak someone yg failure tapi abang dan adik Donghoon ada effort untuk berubah walaupun kerja cleaner.


drama ni memang complicated dan cite dia bukan tumpu pada Jian dan Donghoon sahaja tapi watak lain juga yg mana masing-masing ada kisah dan masalah sendiri. kadang memang rasa drama ni slow juga walaupun tengok dengan speed yg agak laju tapi benda yg aku suka dalam drama ni selain plot ialah skrip dia, memang mantap dan deep.

6 comments:

  1. macam best. boleh tengok nanti bila ada masa. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html

    ReplyDelete
  2. haritu ada baca review siapa entah pasal drama ni. Nak tengok tapi lupa tajuk. Jenis melodrama ni kalau guna speed paling laju pun tetap slow

    ReplyDelete
  3. Yang ni belum tengok lagi. Terinign nak tengok tapi tak tahulah bila.

    ReplyDelete
  4. Yang nie dah ada, cuma tak tengok lagi.. Encik suami dah tengok.. Dia kata best.. Memang tak sangkalah.. Hehehe..

    ReplyDelete