On the Way to the Airport


Choi Soo Ah bekerja sebagai pramugari dan suaminya, Park Jin Suk seorang Pilot, mereka mempunyai seorang anak perempuan Park Hyo Eun. Kerana kesibukan masing-masing, Jinsuk membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke Malaysia. SooAh tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana dia sangat rapat dan sayang dengan anaknya namun dia juga tidak mempunyai pilihan lain.


bagi aku, hidup Soo Ah sangat kesian sebab dia seorang diri sibuk mengurus keperluan keperluan keluarga dan anaknya walaupun dia juga sibuk bekerja. Suami Pilot dia tu pula macam lepas tangan soal tanggungjawab dia sebagai bapa dan suami. bagi Jinsuk dengan menghantar anaknya ke Malaysia sangat bagus untuk masa depan Hyoeun dan mereka tidak perlu memikirkan soal anak bila pergi bekerja.


Seo Do Woo sudah berkahwin dan sangat rapat dengan anaknya, Annie. Annie belajar di Malaysia dan juga roomate Hyoeun, anak SooAh. Do Woo sering  melawat anaknya dan selalu mengajak Annie balik dan belajar di Korea tetapi Annie selalu mengatakan yg dia gembira berada di situ.

berbeza dengan keluarga Soo Ah, kehidupan Seo Do Woo pada awalnya seperti keluarga normal yg lain namun sedikit demi sedikit kita dapat lihat ada yg tak kena dengan keluarga Seo Do woo. Dowoo seorang bapa yg penyayang dan sangat rapat dengan anaknya berbanding isterinya Hyewon dan benda yg aku paling tak paham kenapa Hyewon ni benci sangat dengan anak dia.


Konflik terjadi bila Annie mati kemalangan. Hyewon, isteri Dowoo melarang dia membawa balik abu anak mereka dan mengarahkan penjaga Annie untuk membuang semua barangnya. walaupun keluarga Dowoo sayang pada Annie mereka tiada hak untuk membantah kerana sedar Annie cuma anak tiri Dowoo. Dowoo cuba memahami perasaan isterinya namun kerana sayangnya pada Annie, dia tetap membawa pulang abu Annie tanpa pengetahuan isterinya.


Kematian Annie yg mengejut membuatkan SooAh mengambil keputusan untuk membawa pulang Hyoeun tanpa berbincang dengan suaminya. SooAh turut menawarkan diri untuk membawa balik barang-barang Annie dan menyerahkan kepada Do Woo. Dari situ mereka mula bertemu dan saling memahami perasaan masing-masing.


Drama ini agak berat dan complicated melibatkan pasangan berkahwin. sejujurnya aku kurang suka drama begini means hubungan antara laki orang dan bini orang ni no no for me tapi bila tengok perangai pasangan Soo Ah dan Do Woo somehow i really root for them to find their own happiness iyelah selama mana nak bersabar hidup dengan makan hati kalau dapat partner macam tu.


walaupun rating drama ni kurang bagus tapi aku suka sangat drama ni. storyline sangat bagus and lakonan pelakon dalam drama ni sangat bagus terutamanya Kim Haneul dan Lee Sangyoon. minat betul dengan Lee Sangyoon ni dan drama dia tak pernah mengecewakan aku.

Tutorial: Save Video dari Youtube


Banyak cara untuk download video dari youtube macam guna idm, youtube downloader dan banyak lagi la tapi aku nak share juga cara mudah untuk download video dan mungkin ramai yg dah tahu cara ni.

1.  Buka youtube, cari video yg korang suka dan copy url video tersebut.


2.  Buka <savefrom.net>, paste link video tadi.


3.  Download.


senang aja kan? kalau rajin buat yg ini lagi mudah, dengan install savefrom.net pada browser. caranya:

1.  Buka <savefrom.net> tekan Install kat atas tu dan download.


2.  Run.

3.  Selesai install savefromnet, automatik dia akan suruh install tampermonkey. sila install. so nanti akan ada extension macam ni pada browser korang.


4.  Sekarang bila buka video di youtube, kat bawah tu akan ada button download dan boleh terus je click untuk terus download video.


Selamat Mencuba 😉

Shopping King Louis


Kang Ji Sung (Seo Inguk) a.k.a Louis dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapa dan merupakan pewaris tunggal keluarga. Disebabkan sikap neneknya yg overprotective, dia tidak mempunyai kawan dan tinggal di luar negara. Louis gemar menghabiskan masa lapangnya dengan shopping sehingga digelar Shopping King Louis. 

Pada suatu hari, Louis mendapat berita neneknya dimasukkan hospital dan dia segera pulang ke Korea. Apabila sampai di Korea, dia terlibat dalam kemalangan dan menyebabkannya hilang ingatan. Louis kemudiannya terjumpa dengan Go Bok Shil dan mengikut gadis itu kerana berada di tempat asing tanpa memori adalah sangat sukar dan menakutkan bagi Louis.

Go Bok Shil (Nam Jihyun) membesar di kawasan pedalaman dalam keadaan serba daif dan kekurangan. Setelah kematian neneknya, BokShil datang ke Seoul untuk mencari adiknya yg lari dari rumah. BokShil membuat keputusan untuk menjaga Louis dan dia berjanji akan menjaga Louis sehingga ingatan lelaki itu pulih.

Walaupun hilang ingatan, tabiat Louis yg gemar menghabiskan duit itu sukar dikikis dan satu persatu masalah timbul sehinggakan BokShil kehilangan semua duit simpanannya. Meskipun geram dengan sikap Louis itu, BokShil tidak pernah meninggalkannya malah cuba mengajar Louis untuk hidup berdikari. Pada masa yg sama, Louis berusaha mencari identiti sebenarnya.


latest drama yg paling aku suka, sangat menghiburkan. tahap cuteness drama ni sangat melampau-lampau dengan Seo Inguk punya acting dengan expression muka. comel sangat. aku tak boleh nak stop tersengih setiap kali tengok Louie buat muka comel tu, orang hilang ingatan tapi tahu cakap banyak bahasa dan special talent dia buat orang jadi maid dia tanpa sedar, gelak je aku tengok..hahaha. highly recommend untuk yg suka layan drama romantic comedy yg ringan dan santai.

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Title : Koinaka (Love Relationship)
Release Date : 20 July 2015
Episodes : 9
Genre : Romance, Melodrama
Cast : Fukushi Sota, Honda Tsubasa, Nomura Shuhei, Nakano Taiga, Ohara Sakurako, Ichikawa Yui

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Mengisahkan Miura Aoi dan Serizawa Akari yang berkawan baik sejak kecil. Aoi sudah lama menyukai Akari tapi tidak pernah meluahkan perasaannya.

Suatu hari, seorang pelajar baru bernama Aoi Shota berpindah ke sekolah mereka. Walaupun mempunyai nama yang sama, personaliti mereka berbeza. Shota lebih suka bersendirian tapi kemudiannya berkawan baik dengan Aoi dan Akari.

Selepas tamat sekolah, keluarga Akari jatuh bankrupt dan Akari tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang pesan .

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

Tujuh tahun kemudian, Aoi bekerja sebagai arkitek dan menetap di Tokyo. tiba-tiba dia menerima kunjungan Shota yang sudah lama tidak bertemu.

Namun berita yang mengejutkan Aoi adalah bila mengetahui Akari yang menhilang dulu kini telah menjadi kekasih Shota. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Review Drama Jepun : Koinaka (2015)

chemistry antara Aoi dan Akari memang best nampak sangat natural tapi masalahnya jalan ceritanya slow sangat. sebenarnya mereka saling mencintai tapi tak berani nak confess. bagi hint kat kawan tu pastu nak suruh kawan faham sendiri, memang sayonara je lah..

aku tak berapa suka sangat dengan si Shota ni sebab annoying. dari awal lagi Shota tahu Aoi dan Akari saling menyimpan perasaan so mula-mula tu dia nak tolong juga tapi bila sedar yang dia pun ada perasaan pada Akari terus berubah watak jadi jahat. nyampah!

tapi watak lain memang best, sangat supportive. kalau tak ada supporting cast memang drama ni akan jadi krikk krikk. overall bolehlah nak layan lagi pula aku tengok drama ni sebab hero dia..haha

Episod Akhir Scarlet Heart Ryeo


Habis sudah drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, bolehlah cakap goodbye untuk drama ni..


! ! ! SPOILER EP19-EP20 ! ! !

Selepas kematian Chae Ryung, HaeSoo sangat kecewa dengan tindakan WangSo. HaeSoo meminta izin daripada WangSo untuk meninggalkan istana tetapi tidak dibenarkan. Oleh sebab itu, HaeSoo meminta bantuan Jung. Jung pergi berjumpa WangSo dan menyatakan late King telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk berkahwin dengan HaeSoo. WangSo tidak percaya dan mendakwa wasiat tersebut palsu.

WangWook yg dijatuhkan hukuman berkurung di kediamannya kerana mempunyai niat memberontak meminta bantuan daripada Queen YeonHwa untuk menghadap WangSo. Wook memberitahu tentang perasaan HaeSoo dan janji mereka untuk berkahwin. WangSo sangat marah dengan cerita Wook dan mengarahkan HaeSoo berkahwin dengan Jung.

Selepas meninggalkan istana, HaeSoo tinggal di kediaman Jung dan menrahsiakan dirinya mengandung anak WangSo. Selepas melahirkan anak, tahap kesihatan HaeSoo semakin merosot dan dia menghantar surat meminta WangSo datang berjumpanya. Namun WangSo tidak pernah membaca surat-surat tersebut. Sebelum mati, HaeSoo meminta Jung menjaga anaknya. Setelah mendengar berita kematian HaeSoo, WangSo sangat sedih dan menyesal kerana tidak mengendahkan surat HaeSoo dan bejumpanya sebelum mati.
-BACK TO THE FUTURE-
Selepas peristiwa lemas tersebut, HaeSoo/Hajin koma selama setahun. Apabila sedar, dia tidak ingat tentang masa yg dihabiskannya di Goryeo. Namun Haesoo selalu bermimpi tentang lelaki yg mempunyai parut di muka dan setiap kali bermimpi dia pasti merasa sedih dan menangis.

Pada suatu hari, terdapat pameran tentang Goryeo berhampiran tempat kerjanya. HaeSoo mengambil kesempatan untuk melawat pameran tersebut dan apabila melihat bahan bersejarah di situ, ingatan HaeSoo kembali. HaeSoo menangis dan sedih kerana terpaksa meninggalkan WangSo berseorangan di Goryeo.
-THE END-
  

aku bukan big fan saeguk drama tetapi apa yg buat aku tertarik nak tengok drama ini adalah barisan pelakonnya dan juga jalan cerita yg menarik cuma tak suka ending dia. i know saeguk drama selalunya akan berakhirnya dengan tragis dan happy ending yg tak seberapa happy tapi aku nak happy ending untuk future HaeSoo dan WangSo. Dalam versi cina, Haesoo akan jumpa balik dengan wangso in the future tetapi versi korea future wangso tak wujud..sedih!

banyak sangat bagi harapan palsu kat diri sendiri..huhu

satu je yg bagus pasal drama ni, secara tak langsung kau study serba sedikit sejarah Korea, zaman Goryeo selalu tengok saeguk drama asyik mention pasal joseon je. bila tengok drama ni idk rajin pula dok search pasal Goryeo, pasal Gwanjong. sekian, khatam sudah satu bab sejarah..TAHNIAH! haha

soundtrack songs drama ini sangat best rajin pula aku dok repeat dengar tapi aku nak move on tengok drama lain pula. malas nak pikir ending yg bikin aku frust..