Episod Akhir Scarlet Heart Ryeo


Habis sudah drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, bolehlah cakap goodbye untuk drama ni..


! ! ! SPOILER EP19-EP20 ! ! !

Selepas kematian Chae Ryung, HaeSoo sangat kecewa dengan tindakan WangSo. HaeSoo meminta izin daripada WangSo untuk meninggalkan istana tetapi tidak dibenarkan. Oleh sebab itu, HaeSoo meminta bantuan Jung. Jung pergi berjumpa WangSo dan menyatakan late King telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk berkahwin dengan HaeSoo. WangSo tidak percaya dan mendakwa wasiat tersebut palsu.

WangWook yg dijatuhkan hukuman berkurung di kediamannya kerana mempunyai niat memberontak meminta bantuan daripada Queen YeonHwa untuk menghadap WangSo. Wook memberitahu tentang perasaan HaeSoo dan janji mereka untuk berkahwin. WangSo sangat marah dengan cerita Wook dan mengarahkan HaeSoo berkahwin dengan Jung.

Selepas meninggalkan istana, HaeSoo tinggal di kediaman Jung dan menrahsiakan dirinya mengandung anak WangSo. Selepas melahirkan anak, tahap kesihatan HaeSoo semakin merosot dan dia menghantar surat meminta WangSo datang berjumpanya. Namun WangSo tidak pernah membaca surat-surat tersebut. Sebelum mati, HaeSoo meminta Jung menjaga anaknya. Setelah mendengar berita kematian HaeSoo, WangSo sangat sedih dan menyesal kerana tidak mengendahkan surat HaeSoo dan bejumpanya sebelum mati.
-BACK TO THE FUTURE-
Selepas peristiwa lemas tersebut, HaeSoo/Hajin koma selama setahun. Apabila sedar, dia tidak ingat tentang masa yg dihabiskannya di Goryeo. Namun Haesoo selalu bermimpi tentang lelaki yg mempunyai parut di muka dan setiap kali bermimpi dia pasti merasa sedih dan menangis.

Pada suatu hari, terdapat pameran tentang Goryeo berhampiran tempat kerjanya. HaeSoo mengambil kesempatan untuk melawat pameran tersebut dan apabila melihat bahan bersejarah di situ, ingatan HaeSoo kembali. HaeSoo menangis dan sedih kerana terpaksa meninggalkan WangSo berseorangan di Goryeo.
-THE END-
  

aku bukan big fan saeguk drama tetapi apa yg buat aku tertarik nak tengok drama ini adalah barisan pelakonnya dan juga jalan cerita yg menarik cuma tak suka ending dia. i know saeguk drama selalunya akan berakhirnya dengan tragis dan happy ending yg tak seberapa happy tapi aku nak happy ending untuk future HaeSoo dan WangSo. Dalam versi cina, Haesoo akan jumpa balik dengan wangso in the future tetapi versi korea future wangso tak wujud..sedih!

banyak sangat bagi harapan palsu kat diri sendiri..huhu

satu je yg bagus pasal drama ni, secara tak langsung kau study serba sedikit sejarah Korea, zaman Goryeo selalu tengok saeguk drama asyik mention pasal joseon je. bila tengok drama ni idk rajin pula dok search pasal Goryeo, pasal Gwanjong. sekian, khatam sudah satu bab sejarah..TAHNIAH! haha

soundtrack songs drama ini sangat best rajin pula aku dok repeat dengar tapi aku nak move on tengok drama lain pula. malas nak pikir ending yg bikin aku frust..

3 comments:

  1. Bersungguh tahu sejarah korea kan. Hehe. Siqah tengok drama ni sikit2 je. Pastu tengok ending. Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja search xtau plak dorg betul relate drama ni dgn sejarah dorg..hehe

      Delete