Choi Soo Ah bekerja sebagai pramugari dan suaminya, Park Jin Suk seorang Pilot, mereka mempunyai seorang anak perempuan Park Hyo Eun. Kerana kesibukan masing-masing, Jinsuk membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke Malaysia. SooAh tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana dia sangat rapat dan sayang dengan anaknya namun dia juga tidak mempunyai pilihan lain.
bagi aku, hidup Soo Ah sangat kesian sebab dia seorang diri sibuk mengurus keperluan keperluan keluarga dan anaknya walaupun dia juga sibuk bekerja. Suami Pilot dia tu pula macam lepas tangan soal tanggungjawab dia sebagai bapa dan suami. bagi Jinsuk dengan menghantar anaknya ke Malaysia sangat bagus untuk masa depan Hyoeun dan mereka tidak perlu memikirkan soal anak bila pergi bekerja.
Seo Do Woo sudah berkahwin dan sangat rapat dengan anaknya, Annie. Annie belajar di Malaysia dan juga roomate Hyoeun, anak SooAh. Do Woo sering melawat anaknya dan selalu mengajak Annie balik dan belajar di Korea tetapi Annie selalu mengatakan yg dia gembira berada di situ.
berbeza dengan keluarga Soo Ah, kehidupan Seo Do Woo pada awalnya seperti keluarga normal yg lain namun sedikit demi sedikit kita dapat lihat ada yg tak kena dengan keluarga Seo Do woo. Dowoo seorang bapa yg penyayang dan sangat rapat dengan anaknya berbanding isterinya Hyewon dan benda yg aku paling tak paham kenapa Hyewon ni benci sangat dengan anak dia.
Konflik terjadi bila Annie mati kemalangan. Hyewon, isteri Dowoo melarang dia membawa balik abu anak mereka dan mengarahkan penjaga Annie untuk membuang semua barangnya. walaupun keluarga Dowoo sayang pada Annie mereka tiada hak untuk membantah kerana sedar Annie cuma anak tiri Dowoo. Dowoo cuba memahami perasaan isterinya namun kerana sayangnya pada Annie, dia tetap membawa pulang abu Annie tanpa pengetahuan isterinya.
Kematian Annie yg mengejut membuatkan SooAh mengambil keputusan untuk membawa pulang Hyoeun tanpa berbincang dengan suaminya. SooAh turut menawarkan diri untuk membawa balik barang-barang Annie dan menyerahkan kepada Do Woo. Dari situ mereka mula bertemu dan saling memahami perasaan masing-masing.
nice sharing. singgah dan follow awak :)
ReplyDeleteterima kasih :)
Delete