episode 12 adalah the best episode so far penuh dengan air mata. penuh dengan saspen dan banyak fokus pada Kim Shin, Grim Reaper dan Sunny. kalau tak nak baca spoiler pasal Goblin silalah abaikan post ini.
kemunculan Park Joong Won
agak terkejut juga bila Eunuch Park ni muncul sebagai hantu di penghujung episode 11 dan bila dia muncul terus mood drama ni bertukar jadi seram. seriusly tak suka giler dengan dia ni. Eunuch Park ialah orang kanan King Wang Yeo, aku tertunggu juga bila dia nak muncul semula rupanya jadi hantu. selama ni dia bersembunyi supaya grim reaper dan Kim Shin tak jumpa dia. dah mati pun masih lagi tak insaf, ntah tak tahulah aku dengan orang tua ni.
Deok Hwa adalah Dewa?
Bila Goblin dan Grim Reaper tahu tentang identiti Deok Hwa, mereka pergi jumpa Deok Hwa untuk tahu apa yg berlaku sebenarnya. Dewa ni just nak tegur mereka kemudian hilang dan sebenarnya dewa tu pinjam badan Deok Hwa.
antara scene paling sedih dalam episod ini adalah kematian Chairman Yu, datuk Deok Hwa. sedikit sebanyak kematian datuknya buat Deok Hwa berubah jadi lebih matang.
Kalau ingat pacik ni adalah pengikut Kim Shin yg paling setia. Apabila berjumpa dengan pacik ni yg dilahirkan semula, Kim Shin beri dia kehidupan yg lebih baik untuk membalas jasanya pada masa lalu.
penonton sudah tahu tentang identiti Sunny dan Grim Reaper pada masa lalu cuma penulis dia masih mahu watak ni bermain teka-teki. dalam episode ini, Sunny sudah ingat semula kehidupan masa lalunya, Grim Reaper juga yakin yg dia adalah Wang Yeo.
watak Grim Reaper ni paling kesian bagi aku sebab dia tak ada memori kehidupan masa lalunya tapi bila dia tahu siapa dia timbul rasa bersalah pada Kim Shin dan Sunny. aku rasa King Wang Yeo bukan kejam sangat tapi terpengaruh dengan penghasut tegar dia, Park Joong Won.
ending episode 12 agak tegang bila Kim Shin dah tahu tentang identiti Grim Reaper adalah Wang Yeo. aku tak boleh nak fikir apa yg akan jadi pada Goblin dan Grim Reaper untuk episode akan datang tapi episode ni memang terbaik.
Assalamualaikum..
ReplyDeletebila lah nak hari jumaat...
tak sabar nak tengok episode seterusnya..
bersabarlah menanti jumaat..hihihi
Deletetak tgk lg episod nie.. nak kena tgk!
ReplyDeletekena tengok, episode ni mmg best :D
Delete