Weightlifting Fairy Kim Bok Joo


Kim Bok Joo pelajar kolej dan juga athlet angkat berat yg banyak memenangi pingat untuk pasukan angkat berat kolejnya tapi dia dan kawan-kawannya tidak popular di kalangan pelajar lelaki. Manakala Jung Joon Hyung pula pelajar renang yg selalu tersingkir daripada pertandingan kerana false start. 

Hubungan Joonhyung dan Bokjoo pada awal tidak begitu baik dan mereka selalu bergaduh bila berjumpa namun apabila Joonhyung perasan yg Bokjoo adalah rakan sekolah rendahnya, sikapnya terus berubah. Joonhyung gemar mengacau dan mengusik Bokjoo dengan gelaran yg tidak disenanginya.

Bok Joo dalam diam tersuka pada Jaeyi dan paling mengejutkan bila dia mengetahui yg Jaeyi adalah abang Joonhyung. Mereka mulai rapat kerana Bokjoo tidak mahu Joonhyung membongkar rahsianya. Kerana hubungan Bokjoo dan Joonhyung yg sebelum ini kurang baik, kawan-kawannya menyangka Bokjoo menyimpan perasaan pada Joonhyung.

Lee Sung Kyung
Kim Bok Joo

Nam Joo Hyuk
Jung Joon Hyung


drama ni memang kelakar dengan Joonhyung yg agak playful dan Bokjoo yg nak tarik perhatian Jaeyi pada masa yg sama tak nak kawan dia perasan yg dia ada crush. cite ni makin best bila Joonhyung sedar yg dia dah suka pada Bokjoo dan mereka decide nak dating tapi nak tunggu sampai part tu agak penat juga sebab progress dia memang slow sangat.

2 comments:

  1. dan setengah separuh je..looking for time aje nak sambung tengok..huhu

    ReplyDelete