Review Drama Korea: The Package (2017)

Review Drama Korea: The Package (2017)

Title : The Package
Release Date : 13 October 2017
Episodes : 12
Cast : Lee Yeon Hee, Yong Hwa, Yoon Park, Choi Woo Shik, Han Shi Eun, Lee Ji Hyun, Ryu Seung Soo, Park You Na, Jung Kyu Soo

The Package mengisahkan Yoon So So yg bekerja sebagai pemandu pelancong dan membawa sekumpulan pelancong dari Korea untuk melancong ke Perancis. Kumpulan pelancong ini terdiri daripada San Maru dan juga tiga pasangan lain masing-masing mempunyai cerita dan masalah sendiri.

Review Drama Korea: The Package (2017)

Yoon So So (Lee Yeon Hee) melarikan diri ke Perancis untuk berkahwin dengan kekasih malangnya dia kecewa. So So tidak pulang ke Korea kerana tahu ibu bapanya masih marah dengan tindakannya dulu dan kini dia menyambung pelajarannya di Perancis di samping menyara diri dengan bekerja sebagai pemandu pelancong.

San Maru baru sahaja bekerja dan merancang untuk melancong ke Perancis dengan teman wanitanya. pada hari berangkat teman wanitanya tidak munculkan diri. kisah Maru ni macam sedih sikit la tapi watak dia memang lawak sebab dia suka sangat buat benda yg orang lain tak terpikir nak buat.

Selain San Maru ada tiga lagi pasangan lain yang masing-masing mempunyai kisah dan masalah masing-masing.

Review Drama Korea: The Package (2017)

nak cakap i really enjoy cinematography dalam drama ni. cantik sangat. kalau sebut pasal Perancis aku cuma tahu Eiffel Tower sebab mostly filem memang akan tunjuk situ je tapi lepas tengok drama ni baru tahu banyak lagi tempat menarik di Perancis dan juga sejarah mengenai Perancis.

Review Drama Korea: The Package (2017)

yg aku suka pasal plot drama ni writer biar kita buat andaian sendiri di episode awal-awal dan banyak plot twist yg buat aku tak sabar nak tahu kisah watak lain sebab drama ni bukan sahaja fokus pada watak utama tapi juga pada watak lain yg mana setiap daripada mereka ada kisah sendiri. sebab tu aku rasa drama ni best sebab ada kelainan sendiri yg cuba ditunjukan.

lastly, aku suka tengok progress pelakon dalam drama ni. walaupun pada awalnya masing-masing buat hal sendiri sahaja tapi selepas beberapa hari travel bersama mereka mula rapat dan mengambil berat sama mereka. bagi aku walaupun drama ni nampak macam pendek dan simple tapi sebenarnya banyak pengajaran yg ada dalam The Package.

9 comments:

  1. Haven't watch this cause I don't like the main leads but maybe I'll give it a try when I have time. Besides from your review, I read few reviews yang cakap The Package ni is quite okay la lagi lagi bila nak habis.

    ReplyDelete
  2. Kalau tgok drama diorang xberkedip tul tgok skin diorang. Cantikk ^^

    ReplyDelete
  3. dah tgk drama ni gak, sinematografi drama ni mmg cun hehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. minat juga tp skrang kurang sikit tgk sbb susah nak jumpa subtitle drama jepun.

      Delete
  5. nak try tengok lah sebab banyak review best dari drama ni

    ReplyDelete
  6. lamanya tak tengok lakonan lee yoon hee ...
    gonna watch this soon ...
    hehe ...

    ReplyDelete