Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Ugly Duckling sebuah drama bersiri Thailand yang diterbitkan pada 2015 mengisahkan kisah cinta empat pasangan remaja.. siri ini ada empat bahagian iaitu Perfect Match, Pity Girl, Dont dan Boy's Paradise.

aku dah pernah tengok yang Perfect Match dulu sebab kebetulan terjumpa kat youtube yang lain aku terlupa macam tu je untuk sambung tengok sebab subtitle belum keluar lagi. yang Perfect Match aku suka sebab pelakon dia best dan jalan cerita dia pun menarik juga.

kali ini baru aku ada kesempatan tengok balik series ni tapi untuk Boy's Paradise sahaja maybe next time aku akan tengok Pity Girl dan Don't.

Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Ugly Duckling Series: Boy's Paradise

Release Date : 25 October 2015
Episodes : 9
Cast : Esther Supreeleela, Sean Jindachot, Korn Khunatipapisiri, Kitkasem McFadden

Happily living alone in her family’s pension, Mami (Esther Supreeleela) vows to die before dating a man, after her mother catches on to her secret girl crush. So her mother rents out the house to three guys in hopes to bring her daughter around. But when Mami gets pulled into someone else’s romance problems, she begs her new roommate CU (Sean Jindachote), to be her fake boyfriend.​


Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Mengisahkan Mami (Esther Supreelela) yang suka melepak dengan kawan perempuan sampai ada yang cakap dia lesbian. Risau dengan khabar angin mengaruk, mak Mami sewakan bilik dalam rumah Mami kepada tiga orang pemuda iaitu CU (Sean Jindachot), Rayji dan LJ.

Masalah muncul bila Ryaji yang merupakan seorang superstar menggunakan Mami supaya bekas teman wanitanya tidak menganggu lagi. tak nak terus diheret dalam masalah Ryaji, Mami minta tolong CU untuk berlakon sebagai teman lelakinya. CU setuju dengan beberapa syarat.

Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Mami ni tak perasan bila dia terlalu baik dan rapat dengan seseorang, ada yang tak puas hati dan cemburu dengannya. bila Mami ditimpa masalah mesti CU muncul untuk menyelamatkan keadaan.

tapi itulah kadang geram juga dengan cara Mami layan CU, kejap ok kejap dok syak macam-macam dengan CU tapi CU selalu cakap suatu hari nanti Mami akan tahu juga siapa dia sebenarnya dan kenapa dia layan Mami dengan baik. 

Review Lakorn: Ugly Duckling Series: Boy's Paradise (2015)

Siri  Boy's Paradise memang kelakar cuma kadang tu diorang macam tak serius sangat sebab boleh nampak kot ada beberapa scene yang masing-masing dok cover gelak. tapi bila part serius dan sedih tu tak nafikan Esther dan Sean memang bagus. overall best je layan santai-santai lagipun aku memang suka tengok Esther dan Sean berlakon bersama dari drama Leh Ratree sebab suka tengok chemistry mereka.

3 comments:

  1. wah mcm best ni ^^ kena tunggu cuti sem lah kalau nak khatam kan drama2 ni semua -.-

    ReplyDelete
  2. Suka tengok kebanyakan drama ugly duckling series ni, best-best!

    ReplyDelete