Title : Tae Pang Korn
English Title : The Past Life
Release Date : 15 March 2017
Episode : 21
Duration : 60 minutes
Cast : Vill Wannarot, Son Yuke, Bee Namthip, Toomtam Yuthana, Lanlalin Tenjasa
When Thai prince Khun Chai Yai returns from England, he finds himself arranged to be married to Thai princess, Wilailayka, but ends up falling in love at first sight with a Lao princess, Jao Nang Noy, who is staying under his father's guardianship while she completes her education. What follows is an epic love story which spans 3 lifetimes.
Tae Pang Korn sebuah drama remake dari lakorn lama yang popular juga mengisahkan kisah cinta Mankaew dan Chai Yai. kisah mereka panjang juga sampai masuh 3 kehidupan so entry sis kali ini pun agak panjang juga. apa yang boleh komen drama ni best tapi sangat sedih.
Kehidupan Pertama (Chan Yai-Maan Kaew)
Chai Yai dan Maan Kaew |
kisahnya bermula pada tahun 1917, Chan Yai yang belajar di luar negara selama 10 tahun kembali semula ke Siam kemudiannya dapat tahu ibunya mahu menjodohkannya dengan Ying Thae. mereka ni kiranya keturunan kerabat diraja Siam, sekufu gitu.
Tapi Chan Yai tak setuju sebab dia anggap Ying Thae tak lebih daripada adik, tak lama kemudian Chan Yai jatuh cinta dengan Maan Kaew seorang puteri dari Laos. Mak Chan Yai tak setuju sebab Maan Kaew bukan keturunan diraja Siam so dia rasa Maan Kaew tak setaraf dan tak layak masuk dalam keluarga mereka.
Ying Thae berdendam bila dapat tahu dia bukan pilihan Chai Yai |
.
Banyaklah halangan dan rintangan yang dihadapi oleh Chai Yai dan Maan Kaew, dan akhirnya mereka berkahwin. tapi kebahagiaan mereka sekejap sahaja sebab pada malam perkahwinan, Maan Kaew meninggal dunia kerana diracun.
Chan Yai pula jatuh sakit kerana terlalu merindui Maan Kaew dan tidak lama kemudian dia pun meninggal dunia.
Kehidupan Kedua (Rachawadee-Ying Thae-Chan Yai)
Roh Chan Yai dan Rachawadee |
Kehidupan kedua ni kisahnya agak panjang. 29 tahun kemudian Maan Kaew dilahirkan semula sebagai Rachawadee dan bekerja sebagai guru di sekolah yang dulunya merupakan istana kediaman milik keluarga Chai Yai.Rachawadee tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah, setiap hari dia melihat dan tertarik dengan sebuah rumah terbiar di belakang sekolah.
Suatu hari, Rachawadee melawat rumah tersebut dan melihat seorang lelaki so dia sangka tuan rumahlah. bila masuk ke dalam dia nampak potret seorang wanita yang mirip dengan wajahnya. bermula dari situ banyak kejadian aneh yang berlaku kepada Rachawadee, dia juga selalu tertidur di kawasan rumah tersebut lalu bermimpi melihat kehidupannya pada hayat yang lepas.
Rachawadee kemudiannya dapat tahu dia adalah kelahiran semula Maan Kaew, lelaki yang sering berbual dengannya itu adalah roh Chai Yai yang masih setia menunggu Maan Kaew dan rumah terbiar tersebut adalah rumah perkahwinan milik Maan Kaew dan Chai Yai.
sekolah yang Rachawadee mengajar tu sekarang telah menjadi hak milik keluarga Ying Thae. Ying Thae yang pertama kali melihat Rachawadee tahu yang Maan Kaew telah dilahirkan semula.
Dalam masa yang sama, Chai Yuth yang merupakan anak buah Ying Thae turut jatuh hati dengan Rachawadee walaupun dia sudah bertunang dengan Sawanya.
Ying Thae takut sejarah lama akan berulang kembali makanya dia buat macam-macam cara untuk menghalang Chai Yuth berkahwin dengan Rachawadee termasuk halang Chai Yuth dari putus tunang dengan Sawanya walaupun tahun perangai buruk Sawanya.
Dalam kehidupan kedua lebih kepada perhitungan antara Ying Thae dan Rachawadee. Ying Thae punya berdendam dengan Maan Kaew memang melampau juga sampai Rachawadee yang jadi mangsa keadaan. mula-mula Rachawadee malas nak layan tapi lama-lama dia pun hilang sabar nak menurut kemahuan nenek ni. last sekali Ying Thae mati tapi tak pasti dia sempat taubat ke tidak sebelum meninggal tu.
Pengakhiran kehidupan Rachawadee pun sedih juga sebab Rachawadee pun mati juga sebab agak lama dia menderita sakit kesan daripada racun yang Ying Thae bagi kat dia.
Chai Yuth pula tidak bahagia dengan perkhawinan dia bersama Sawanya sebab perangai Sawanya yg kaki judi sampai habis semua barang dia nak gadai so mereka bercerai.
dalam tiga kehidupan ni, paling suka watak Son Yuke jadi hantu sebab dia selalu senyum. hensem sangat kot actually aku memang minat sangat dengan Son Yuke sebab tengok satu lakorn ni..hihi
dalam tiga kehidupan ni, paling suka watak Son Yuke jadi hantu sebab dia selalu senyum. hensem sangat kot actually aku memang minat sangat dengan Son Yuke sebab tengok satu lakorn ni..hihi
hantu Chai Yai selalu bagi semangat pada Rachawadee bila Rachawadee ada problem. macam first life, Rachawadee juga jatuh cinta dengan Chai Yai tapi itulah dia cuma spirit je..huhu
Kehidupan Ketiga (Jirakorm-Antra)
kisah ketiga pendek je ada tiga episode. kali ni Chai Yai dilahirkan semula sebagai Jirakorm anak kepada Chai Yuth dan Sawanya manakala Rachawadee pula dilahirkan semula sebagai Antra.
takdir dan jodoh antara mereka sangat kuat seperti kehidupan sebelum bila mereka berjumpa dan jatuh cinta sehinggalah membuat rancangan untuk berkahwin. kali ini halangan dari Sawanya, dia tak suka Antra jadi menantu dia sebab muka Antra mengingatkan dia pada Rachawadee, seiras kot.
tapi kali ini ramai yang menyokong hubungan Jirakorm dan Antra termasuklah Chai Yuth sebab dia kenal dan rapat dengan Rachawadee kot. so dia tahu jodoh mereka kuat dan akhirnya wanita yang dia cinta iaitu Rachawadee berjaya bersatu dengan cinta hatinya.
drama ni best juga layan, sedih kot dengan kisah cinta Chai Yai dan Maan Kaew sampai tiga kehidupan baru berjaya mendapat kebahagiaan.
tapi adalah part yang tak logik macam tiba-tiba hantu Ying Thae muncul dan mengamuk kat Antra dan Jirakorm. sis cannot brain scene ni sebab macam eh power betul hantu ni bangkit belasah orang..haha
Overall, sis suka jalan ceritanya walaupun agak sedih tapi nasiblah pengakhirannya happy kalau tidak frust juga sis.
anis selalu nampak vill ngn toomtam berlakon drama sekali TT_TT
ReplyDeletejodoh depa tak kuat dalam drama ni..hihi
DeleteKalau sedih tapi last happy ending, seronoklah.. Atleast takdelah stress sangat..
ReplyDelete