Title : Go Back Couple
Director : Ha Byun Hoon
Writer : Kwon Hye Joo
Director : Ha Byun Hoon
Writer : Kwon Hye Joo
Episodes : 12
Cast : Jang Nara, Son Hojun, Heo Jongmin, Han Bo Reum
Go Back Couple mengisahkan pasangan Choi Ban Do (Son Hajun) dan Ma Jin Joo (Jang Nara) yg telah berkahwin hampir 15 tahun, rumah tangga mereka menghadapi masalah dan mereka membuat keputusan untuk bercerai. Walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta tapi masing-masing berasa kecewa dan menyesal dengan perkahwinan dan suatu yg luar biasa berlaku apabila mereka go back ke tahun 1999 so drama ni guna konsep time travel juga la.
bila mereka kembali ke tahun 1999, memang ambil masa untuk faham dengan situasi yg sedang berlaku tapi one thing yg mereka berdua cuba elakkan ialah berjumpa antara satu sama lain. memandang Bando dan Jinjoo belajar di universiti yg sama probability nak jumpa tu sangat tinggi. kawan mereka ni memang pelik sebab nak kata kawan bukan kawan tapi bila jumpa tak sebulu macam dah kenal lama.
personaliti mereka juga sebenarnya banyak berubah kalau dulu Bando ni macam timid sikit dan Jinjoo pula childish sangat. bila mereka datang dari masa depan masing-masing sangat matang kadang-kadang kawan mereka macam kagum bila dengar nasihat dari Bando dan Jinjoo yg matang ni.
Selain itu, Bando decide untuk pikat crush dia dulu, pelajar ballerina bernama Min Seo Young. ramai macam tak percaya dia boleh pikat Seo Young sebab dulu kan dia macam timid dok usha minah ni menari ballet dari jauh je tak berani nak tegur langsung tapi sekarang siap boleh lepak dengan geng ballerina yg lain.
manakala Jinjoo pula ada seorang sunbae bernama Jung Nangil yg ajak dia keluar date tapi kena reject. yg kelakarnya besok tu disebabkan diri dia dah bertukar dan terlupa apa yg jadi semalam, Jinjoo dengan selamba boleh pergi tegur Nangil. dah sah-sah sunbae ni bengang tengok muka Jinjoo yg tak rasa bersalah tu tapi lama kelamaan mereka start rapat dan Nangil pun makin suka dengan Jinjoo.
walaupun masing-masing cakap tak kisah kalau mereka bertemu dengan new partner tapi boleh nampak jealous kot cuma ego tinggi sangat.
benda yg paling gembira buat Jinjoo bila balik ke tahun 1999 ialah bila dia dapat jumpa dengan mak dia sebab mak dia meninggal pada 2010. kalau dulu Jinjoo ni macam childish dah kuat juga memberontak bila tak dapat benda yg dia nak tapi dia cuba jadi anak yg baik bila dapat peluang ni dan selalu nak berkepit sampai mak dia pun hairan dan rimas juga mula tu.
benda paling sedih buat Jinjoo bila dia rindu sangat dengan anak dia, Seojin. dia selalu menangis dalam tidur sambil panggil nama Seojin. mak dia yg dengar tertanya juga siapa Seojin ni. episode akhir tu aku rasa mak dia tahu kot siapa Seojin tu dan mak dia juga macam tahu pasal Jinjoo dan Bando ni datang dari future.
paling aku suka pasal drama ni ialah friendship antara Bando dan Jinjoo dengan kawan-kawan mereka. zaman muda kan mestilah banyak benda gila mereka nak buat tapi Bando dan Jinjoo ni dari future, mereka tahu ada memori tu akan jadi benda yg paling memalukan so mereka cuba nasihat kawan masing-masing. tapi kan part member dorang ni memang best la.
masalah Jinjoo dan Bando ni sebenarnya mereka dah kurang berkomunikasi dan masing-masing pun stress dengan problem sendiri. lama-lama mereka mula rasa frust to each other dan hanya nampak keburukan pasangan mereka. kembali ke masa lalu mereka sebenar satu peluang untuk mereka lebih memahami antara satu sama lain dan muhasabah balik diri masing-masing.
drama ni penuh dengan emosi dan pelakon dia memang best terutama sekali Jang Nara dan aku rasa drama ni yg aku paling banyak tengok Jang Nara menangis. bagi aku, 12 episode tak lah terlalu pendek cuma episode akhir lagi best kalau boleh apa yg terjadi in the future apa terjadi kat kawan-kawan mereka yg lain dari fokus kepada Bando dan Jinjoo semata-mata.
macam best je drama ni. nak try tengok la nanti :D
ReplyDeletewahh kena masuk dalam bookmark list ni :D
ReplyDeleteputting this in my list
ReplyDeleteOkay.. drama nie masuk list.. Pendek je.. Nampak menarik..
ReplyDelete